Ikatan pertunangannya dengan Syafie Naswip sudah pun terlerai pada Jun lalu, Aishah Azman mendedahkan ada penerbit mahu menggandingkannya dengan bekas tunang itu dalam sebuah drama.
Kontroversi mereka masih lagi hangat diperkatakan, Aishah berkata buat masa ini dia tidak akan berlakon dengan Syafie dan menolak perlawaan itu secara baik demi kebaikan mereka bersama.
BACA: Aishah Azman Menumpang Rumah Syafie Naswip Hampir Sebulan?
“Sebelum ini ada penerbit yang nak satukan saya dengan dia dalam satu naskhah drama tetapi saya elakkan demi kebaikan kami bersama. Buat masa sekarang memang saya tidak akan berlakon bersama dia.
“Namun untuk masa akan datang kita tak tahu, hati manusia boleh berubah,” katanya kepada Astro Gempak.
Meskipun berdepan pelbagai isu pada tahun 2019, namun Aishah berkata ianya pengalaman cukup indah dan memberi banyak pengajaran kepadanya. Ujarnya lagi, dia tidak menolak andai bertemu pasangan yang turut sama berada dalam satu industri.
“Dugaan sebelum ini telah mematangkan saya dalam menjalani kehidupan. Saya anggap 2019 ini tahun yang cukup indah sebab banyak memberi pengajaran dalam hidup saya serta banyak memberi memori pahit dan manis.
“Buat masa ini, saya ingin berehat daripada bercinta dulu. Saya beri masa dalam tempoh empat tahun lagi kalau nak jalinkan hubungan istimewa sebab saya masih muda, banyak benda saya nak capai dalam industri.
“Keluarga tidak larang untuk saya kembali bercinta cuma kena kenal betul-betul pasangan kita.
“Saya juga tidak serik sekiranya dipertemukan jodoh dengan orang dalam satu industri kerana perkara itu adalah aturan daripada Yang Maha Esa,” katanya.