fbpx

Aiman Hakim, Zahirah Macwilson Nikah Februari 2020

Baru saja sebulan mengikat tali pertunangan, pasangan kegemaran ramai iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengumumkan bahawa mereka bakal melangsungkan pernikahan pada Februari 2020.

Bagaimanapun, Aiman dan Zahirah belum memutuskan bilakah tarikh untuk menamatkan zaman bujang mereka dan akan diumumkan kepada peminat kelak.

BACA: Aiman Hakim, Zahirah Macwilson Nak Jadi Klon Fattzura?

“Insya-Allah, kami akan berkahwin pada Februari 2020. Buat masa sekarang, belum ada tarikh spesifik, tapi kami akan kongsikan apabila sudah ada tarikh sesuai,” kata Aiman kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Zahirah berkata majlis akad nikah dan kedua-dua majlis resepsi mereka akan diadakan di Kuala Lumpur.

“Tarikh perkahwinan juga kami perlu sesuaikan dengan lokasi. Kalau kami sebut tarikh, tapi belum ada lokasi, tak boleh juga kan.

“Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan adalah, majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-duanya akan berlangsung di Kuala Lumpur,” katanya.

Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta. (rtky/f)