fbpx

“Tak Tahu Kenapa PU Abu Nafi Masalah Kami”

Entah apa permasalahan pasangan ini, kenyataan PU Abu menafikan pergolakkan rumah tangga mereka sebelum ini mengelirukan isteri, Hana Azraa yang pelik mengapa suaminya menafikan masalah yang sedang mereka hadapi.

BACA: “Dakwaan Hana Tidak Benar, Kami Masih Sebumbung”

“Saya tidak tahu kenapa jawapan dia begitu sedangkan dia tahu situasi kami macam mana. Maaf ya, saya tidak dapat ulas lebih terperinci lagi,” katanya mengenai kenyataan nafi PU Abu sebelum ini.

Bagaimanapun Hana seakan enggan bercerita lanjut mengenai punca pergolakkan rumah tangga mereka. Sebelum ini Hana mendedahkan bakal bercerai dengan PU Abu dan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

Pun begitu lain pula ceritanya apabila PU Abu menafikan rumah tangga mereka sedang diambang penceraian. Malah kata pendakwah ini, hubungan mereka suami isteri baik sahaja dan masih tinggal bersama. (rtky/w)