“Bukan Saya Sesuka Hati Naik Pentas Beri Anugerah”

Jika sebelum ini pelbagai pihak sudah memberikan kenyataan mengenai gandingan Fattzura di pentas FFM ke 30 minggu lalu. Kini Fattah Amin pula meluahkan rasa ralat dengan tuduhan yang dilemparkan.

BACA: Hans Isaac Jelaskan Isu Mesej, Tak Mahu Terus Sengketa

“Semestinya saya berasa ralat apabila diberitahu mengenai gandingan penyampai bagi kategori itu adalah bekas pemenang FFM sebelum ini. Saya sama sekali tidak tahu menahu, sebaliknya sekadar memenuhi permintaan penganjur”

“Beberapa minggu sebelum majlis, dimaklumkan kehadiran saya mengikut kontrak sebagai ‘trigger’ bagi memberikan elemen kejutan. Malah, saya juga tidak dimaklumkan mengenai kategori yang memerlukan saya naik ke pentas”

Menurut Fattah, kontroversi yang timbul benar-benar terkesan untuk reputasinya kerana ianya fitnah semata-mata. Tambahnya, biarpun masih baru dalam industri, beliau tidak pernah sesuka hati tampil di mana-mana majlis.

“Saya menganggap ini sebagai fitnah kerana saya tidak pernah meletakkan syarat, apatah lagi tampil sesuka hati. Walaupun belum cukup lama berada dalam industri, saya tahu tindakan itu tidak profesional,” jelasnya. (rtky/w)

×