fbpx

Hans Isaac Kesal Fazura Dedah Mesej Kepada Media

Berikutan permintaan Fazura menggesa Datuk Hans Isaac memohon maaf diatas tuduhan membawa suami, Fattah Amin sebagai gandingan penyampai anugerah FFM Sabtu lalu, Hans tampil memberikan penjelasan.

BACA: Tuduhan Tak Berasas, Fazura Minta Hans Isaac Mohon Maaf

Dalam kenyataan balas, Hans berasa terkilan dengan tindakan Fazura yang mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung mesej yang dihantar kepadanya yang disifatkan sebagai peribadi.

“Terkejut juga bila dapat tahu mesej yang sepatutnya antara saya dan Fazura boleh diketahui umum. Sedangkan ia adalah mesej peribadi. Saya akui memang ada meluahkan rasa kecewa itu”

“Tapi kalau betul kemunculan Fattah sebagai penyampai anugerah itu tak ada kena mengena, dia boleh jelaskan kepada saya, bukan dengan mengeluarkan kenyataan kepada media”

“Saya akan minta maaf kepada dia kalau betul-betul salah, tapi itulah seperti yang saya katakan sepatutnya ia antara saya dan Fazura, bukan untuk pengetahuan umum”

Dalam masa yang sama, Hans memberitahu penyampai anugerah bersama pada malam itu, Maya Karin turut terkejut dengan kehadiran Fattah secara tiba-tiba tanpa ada sebarang pihak memaklumkan kepadanya.

“Bukan saya sahaja terkejut tiba-tiba Fattah ada sekali atas pentas, Maya pun sama. Kalau nak ikutkan hanya saya, Maya dan Fazura. Setahu saya hanya pemenang anugerah sahaja boleh menjadi penyampai anugerah,” jelasnya.

Nampaknya semakin panas isu kehadiran Fattah di malam FFM. Apapun diharap Fazura dan Hans dapat menyelesaikan kemelut ini dengan baik tanpa melibatkan pergaduhan yang berpanjangan. (rtky/w)