fbpx

Che Ta Sambut Hari Jadi Bersama Anak Yatim

Berbeza dengan tahun sebelumnya, tahun ini pelakon cantik Rozita Che Wan memilih untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-46 bersama anak yatim serta tidak dilupakan mereka dari keluarga susah.

Majlis yang diadakan di Sikamat, Negeri Sembilan itu, dihadiri oleh ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan serta tetamu undangan khas daripada pelajar madrasah terdiri daripada anak yatim dan keluarga susah.

BACA: Che Ta Mahu Saman Malu Bekas Pemandu

Menerusi perkongsian di Instagram, Che Ta meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segalanya dalam urusan agama, dunia dan akhirat.

Selamat ulang tahun kelahiran kami ucapkan dan semoga segalanya dipermudahkan. Kami kongsikan sikit beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung.