fbpx

“Saya Tidak Akan Sesuka Hati Ikut Emosi Post Tanpa Bukti”

Nampaknya kontroversi melibatkan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah masih tidak berkesudahan lagi. Malah, ada pihak mendakwa bukti video yang diperkatakan oleh Bella hanya fitnah. Namun Bella menegaskan, video tersebut bukan fitnah dan hanya didedahkan kepada keluarga dan mereka yang terlibat sahaja.

“Ramai yang meminta saya untuk post video, ada juga segelintir mengatakan saya fitnah. Saya tidak akan sesuka hati ikut emosi untuk post tanpa bukti tapi setelah saya fikir adalah lebih baik saya tunjuk kepada keluarga dan yang terlibat sahaja.

BACA: Bella Astillah Dedah Aliff Aziz 9 Hari Tak Balik Rumah

Susulan pendedahan Bella mengenai kecurangan suaminya, ada netizen mempersoalkan tindakannya yang berkongsikan masalah rumah tangga kepada umum. Namun Bella memberitahu setiap orang ada cara mereka sendiri meluahkan perasaan dan berharap perkongsiannya itu menjadi iktibar kepada wanita lain.

“Seandainya ada segelintir dan mana-mana pihak yang mengatakan tentang pendapat mereka soal perkongsian saya berkenaan rumah tangga kelmarin adalah salah, mungkin pandangan setiap manusia lain-lain termasuklah saya.

“Semoga ramai menjadikan ini sebagai iktibar kerana ada wanita yang takut untuk bersuara. Segala yang baik kita perbaiki jadikan teladan malah yang tidak baik sebagai sempadan. Apa yang saya inginkan buat masa ini adalah ketenangan.

“Maaf yang tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini, tetapi setiap manusia ada pelbagai cara untuk meluahkan, mengendalikan, kerana apa jua masalah, kita tak boleh ingin orang jadi seperti diri kita mahupun jadi diri orang lain.

Dalam pada itu, Bella memberitahu biarpun hatinya terluka namun dia sudah memaafkan semua pihak yang terlibat kerana apa yang diinginkannya hanyalah kejujuran.

“Saya maafkan yang terlibat sebab saya hanya ingin kejujuran. Saya lega bila mendapat tahu kebenaran dan berani bersemuka untuk mengaku kesalahan dan meminta maaf. Memang akan terasa pedih dan terluka.

“Kita semua manusia penuh dengan kesilapan, sebagai manusia hanya maaf yang perlu diungkap tak susah. Daripada menegakkan benang yang basah apabila kesalahan secara terang-terangan tetapi tidak mengaku, yang membuatkan saya kecewa dan marah sebab saya sahaja yang tahu kebenaran,” tulisnya menerusi Instagram.