fbpx

Ibu Linda Rafar Meninggal Dunia

Ibu kepada selebriti Linda Rafar dan Diana Rafar iaitu Rasimah Abd Rahman menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam kira-kira pukul 9.50 malam semalam.

Linda Rafar berkongsi kisah Allahyarham berada di rumah pada sebelah pagi namun dimasukkan ke hospital semula pada waktu malam kerana kesihatannya merosot.

BACA: Delegasi Jururawat Bakal Saman Linda Rafar

“Al-Fatihah sayang mak. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakan lah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman,” tulis Linda Rafar di media sosial.

Jenazah ditempatkan di kediaman Linda di D’Kayangan Shah Alam sementara solat jenazah akan diadakan di surau berhampiran pada pagi Sabtu dan dijangka dikebumikan selepas itu di Seksyen 21, Shah Alam. (rtky/m)