fbpx

Ifa Raziah Bengang Difitnah Skandal Dengan Bekas Kekasih Zarina Anjoulie

Pasti ramai yang tahu pelakon Zarina Anjoulie sememangnya seorang yang lantang bersuara. Zarina juga seringkali tampil dengan pendapatnya mengenai isu yang berlaku di sekelilingnya dan sebelum ini pernah mendedahkan beberapa cerita panas selebriti.

Nampaknya nama Zarina sekali lagi menjadi bualan ramai, dimana baru-baru ini menerusi Instagram Live, Zarina mendakwa penyanyi dangdut Ifa Raziah mempunyai skandal dengan bekas kekasihnya dan Ifa juga dikatakan mengajak lelaki itu bermalam dihotel.

BACA: Zarina Anjoulie Dedah Natasha Hudson Curang Dengan Bekas Suami?

https://www.instagram.com/p/BsEYPA-lfxD/?utm_source=ig_embed

Terkejut dengan dakwaan itu, Ifa Raziah meluahkan rasa kesal di atas tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa dia tidak mengenali bekas kekasih Zarina yang dikenali sebagai Hakim. Katanya lagi, dia juga tidak beberapa mengenali Zarina.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, Zarina memuat naik status permohonan maaf kepada Ifa berhubung tuduhan tersebut. Zarina juga turut menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak sakali lagi memohon maaf kepada Ifa.

Apa pun diharap isu ini dapat diselesaikan secara baik antara dua belah pihak dan diharap Ifa bersabar dengan apa yang berlaku.