Tidak mahu penceraian menjadi penghalang kasih sayang diantara anak-anak dan bapa kandung, Fasha Sandha menegaskan hubungannya dengan bekas suami, Jejai tidak perlu bermusuh biarpun sudah berpisah tiga tahun lalu.
BACA: Jejai Doakan Kebahagiaan Fasha Sandha, Aidil Aziz

Menerusi Instagram, Fasha menyatakan biar apapun kisah penceraian yang berlaku kepada orang dewasa, tidak sepatutnya anak-anak menjadi mangsa hingga tidak diberikan kasih sayang yang sewajarnya.
Kenyataan yang turut disertakan dengan gambar mereka sekeluarga itu turut mendapat perhatian netizen. Rata-rata ramai bersetuju dengan pendapat dan sikap positif pasangan itu yang sudah berbaik.
Malah dalam beberapa posting di Instagram Fasha juga melihatkan, beliau dan Jejai bersama-sama hadir ke majlis persembahan anak mereka, Putra Rayfal dan Jemayma beberapa hari lalu.
Rasa hormat pada Fasha dan Jejai yang profesional dan positif menjaga hubungan baik mereka demi kasih sayang anak-anak. Semoga hubungan mereka menjadi contoh buat mereka di luar sana juga! (rtky/w)