fbpx

Ogy Ahmad Daud Pertikai Zamani Ke Final GV5

Masih lagi dengan kontroversi Zamani yang masuk ke pentas akhir Gegar Vaganza semalam. Kali ini Fauziah Ahmad Daud pula mempersoalkan kelayakkan Zamani, tanya Ogy, memang wajib ke Zamani menjadi juara tahun ini?

BACA: Ramli MS Perjelas Sebab Zamani Dapat Ke Final GV5

Menerusi status yang dimuat naik ke Facebook, selain mempersoalkan kelayakkan Zamani ke final, Ogy juga turut menyindir program tersebut yang seolah sudah merancang Zamani untuk dijadikan juara pada musim ini.

Bagaimanapun kenyataan Ogy mendapat pelbagai reaksi netizen, yang tidak senang dengan dakwaan itu. Ramai yang tampil mempertahankan Zamani dan menegaskan sistem pemarkahan sudah dijelaskan oleh para juri.

Selain itu, ada juga sesetengah netizen menyokong pendapat Ogy mengenai keputusan semalam. Ada yang berpendapat, gelaran Zamani sebagai ‘lagenda’ dalam industri saja menyelamatkan beliau hingga ke final.

Memang panas habis keputusan Zamani ke final semalam. Apapun Tok Ram juga sudah memberi penjelasan mengapa Zamani layak ke final, paling tidak pun fikir itu rezeki Zamani sajalah! (rtky/w)