fbpx

Aeril Zafrel Hadiah Rumah Mewah Buat Wawa Zainal

Kalau sebelum ini Aeril Zafrel menghadiahkan kereta mewah, kali ini beliau menghadiahkan sebuah rumah pula kepada isteri. Rumah itu juga diberi lengkap dengan pengubahsuaian mewah yang mengambil masa setahun.

BACA: Suami Hadiahkan Wawa Zainal Kereta Mewah RM250,000

Menerusi Instagram, Aeril memuat naik gambar bersama Wawa Zainal di salah sudut kediamannya yang baru siap berserta dengan kepsyen nakal buat isterinya. Difahamkan ini rumah pertama buat pasangan ini selepas enam tahun berkahwin.

Rata-rata ramai memuji hiasan dalaman kediaman pasangan ini, yang kelihatan sangat mewah dengan perincian warna emas. Beberapa gambar sudut lain rumah itu juga dimuat naik pasangan ini, berkongsikan dengan peminat.

Tumpang gembira sekali untuk pasangan ini yang semakin murah rezeki sejak mendirikan rumah tangga. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar sudut kediaman mewah pasangan ini, jika ada mahu mengambil inspirasi! (rtky/w)