fbpx

Video Nakal Suami Tersebar, Ayu Raudhah Lapor SKMM

Beberapa minggu lalu, video nakal seorang lelaki mirip pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha tersebar meluas di media sosial. Timbul pelbagai spekulasi dan dakwaan berhubung video tersebut, serta ramai yang tertanya-tanya adakah benar individu tersebut adalah suami kepada pelakon Ayu Raudhah.

Bagaimanapun, Ayu mengakui video tersebut adalah koleksi peribadinya antara dia dan suami. Menurut Ayu, video tersebut telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sewaktu dia menghantar telefon bimbitnya untuk dibaiki.

BACA: Ayu Raudhah Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

Kata Ayu lagi, pada awalnya dia dimaklumkan bahawa segala fail termasuk video dan gambar di dalam telefonnya itu tidak dapat diselamatkan.

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak. Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki.

“Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan.Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu, suaminya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu tersebut.