fbpx

Lagu Dilabel Haram, Aliff Syukri Berang Dengan PU Amin

Kontroversi lagu Bobo Dimana nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna semakin hangat diperkatakan. Beberapa hari lalu, muzik video terbaru lagu itu dilancarkan dan ianya mendapat perhatian PU Amin yang meluahkan rasa terkejut apabila video lagu itu dikeluarkan juga walaupun sudah diberi teguran.

Sebelum ini, PU Amin juga pernah meluahkan rasa terkilan dan terkejut melihat aksi budak sekolah agama yang terikut-ikut meniru tarian ghairah lagu Bobo Dimana.

BACA: “Lagu Itu Tiada Siapa Yang Ciplak, Cuma Tajuk Yang Sama”

 

Tidak tahan apabila beliau sering menjadi mangsa kecaman dan kutukan, Aliff memuat naik video meluahkan perasaannya serta mempersoalkan adakah kerja PU hanya untuk mengecam dan mengutuk dirinya sahaja. Dalam masa sama, Aliff memberitahu akan menyanyikan lagu nasyid dan mengharapkan ianya akan mendapat jumlah tontonan sama seperti lagu Bobo Dimana.

https://www.instagram.com/p/Bn7zciig1qi/?utm_source=ig_embed

Video Aliff itu menarik perhatian Nur Sajat, Luna dan Saifey Illias yang turut mengkritik PU Amin. Sajat turut menggelar PU Amin seorang PU Munafik.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut menganggap tindakan jutawan itu keterlaluan dan dilihat seperti mencabar agama. Tidak kurang juga ada netizen yang kecewa dengan sikap Aliff yang langsung tidak boleh menerima teguran.

Bagi PU Amin, segala teguran dan kritikan yang diberikan kerana beliau mahukan yang terbaik. Apa pun, tiada salahnya untuk mengambil sesuatu teguran itu jika ianya menuju ke arah kebaikan.