fbpx

Rapat Dengan Model, Sufian Suhaimi Dah Jumpa Pengganti?

Baru-baru ini, foto penyanyi Sufian Suhaimi memberikan sekuntum mawar merah kepada seorang gadis berhijab cantik manis menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan netizen mengenai hubungan sebenar mereka berdua.

Bagaimanapun, Sufian menafikan wanita yang dikenali sebagai Ayra Messi adalah kekasih barunya. Jelasnya lagi, wanita itu adalah model dalam muzik video lagunya Di Matamu dan tiada hubungan istimewa antara mereka.

BACA: Sufian Suhaimi Bawa Diri Ke Indonesia?

“Bagi peminat yang menonton muzik video ini mesti kenal dan tahu. Ayra adalah model dalam muzik video berkenaan. Kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa seperti diperkatakan. Dalam erti kata lain, dia bukan kekasih saya.

“Cuma, semalam saya dijemput menghadiri acara pembukaan butik di Batu Pahat. Kebetulan, Ayra ada sekali. Jadi, kami terjumpa di situ. Memandangkan juru foto majlis itu rakan saya, kami pun acah-acah buat sesi fotografi,” katanya.

Dalam pada itu, Sufian turut menjelaskan dia tidak mencetuskan sebarang gimik serta berharap netizen tidak lagi salah faham mengenai hubungan mereka.

Apa pun rata-rata netizen memuji Sufian dan Ayra memang sangat sepadan. Ada juga yang berharap agar mereka benar-benar bercinta.