fbpx

“Jika Itu Orang Mahu, Saya Akan Jadi Pembikin Filem Porno”

Filem arahannya One, Two Jaga yang baru ditayangkan di pawagam kurang mendapat sambutan, pelakon dan pengarah, Namron meluahkan rasa kecewanya tentang penerimaan masyarakat terhadap filem terbarunya itu.

Menerusi Twitter, Namron turut menyatakan dirinya berasa tertipu dengan janji-janji sesetengah pihak yang mengakui tidak sabar untuk menonton dan akan memberikan sokongan, namun apabila ia ditayangkan panggung wayang pula kosong.

BACA: “Sharnaaz Tak Patut Marah, Watak ‘Sotong’ Puncanya”

Ujar Namrom, dia akan beralih untuk membikin filem porno sekiranya itu yang rakyat Malaysia mahukan.

Tambah Namron lagi, dia mengarah filem tersebut bukanlah untuk mendapatkan pujian atau memenangi anugerah tetapi filem yang ingin menyampaikan mesej yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Filem One, Two Jaga arahan Namron membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Iedil Putra, Asmara Abigail dan ramai lagi.