fbpx

Kontroversi Gimik KLFW, Ada Puak Mahu Jatuhkan Fazura

Nampaknya gimik model terbaring Nur Fazura di KLFW 2018 baru-baru ini masih belum selesai lagi apabila ada yang mendakwa Fazura menciplak idea Dries Van Noten, kemudian timbul pula dakwaan apabila seorang pereka fesyen dari Singapura yang bekerja di London, Ashley Isham mengatakan gimik tersebut telah dilakukan olehnya terlebih dahulu pada tahun 2014.

Menurut Fazura, kontroversi itu timbul berpunca daripada provokasi beberapa pihak apabila pereka fesyen itu mendakwa dia menerima kiriman video gimik pertunjukan fesyen jenama Fazura itu daripada ‘seseorang’.

BACA: Gimik ‘Langkah Orang’, Fazura Dikecam Tiada Adab?

“Ashley menghubungi saya pada tengah malam semalam dan memperkenalkan dirinya kepada saya.

“Katanya ada ‘seseorang’ yang telah menghantar video pertunjukan fesyen itu kepadanya dan dia menerima pelbagai mesej provokasi daripada beberapa pihak untuk menaikkan kemarahannya. Tanpa berfikir panjang, Ashley telah memuat naik status itu kerana sudah terlalu marah,” katanya kepada Suria Malaysia.

Bagaimanapun, pereka fesyen itu mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Fazura di atas ketelanjurannya yang terlalu mengikut perasaan dan memberitahu bahawa fesyen itu bersifat universal.

Dalam pada itu Fazura berkata, dia tidak menafikan apa yang terjadi itu mempunyai unsur sabotaj dari pihak yang cuba mencari salah silapnya serta mahu menjatuhkannya.

“Saya harus mengakui sebagai manusia terdapat macam-macam hasutan serta perasan yang syaitan nak kita dihasuti dan tewas. Saya tidak nafikan perkara itu dan saya sedar ada sesetengah ‘puak’ yang sentiasa memerhatikan gerak geri serta mencari kesilapan saya.

“Mereka juga sering melakukan pelbagai provokasi serta cubaan-cubaan sabotaj untuk menjatuhkan saya”, ujarnya.

Fazura turut memberitahu dia terkejut apabila dituduh meniru idea gimik pereka feysen tersebut kerana dia tidak mengenali siapa sebenarnya Ashley Isham. Bagimanapun, Fazura mengakui gimik tersebut diinpirasikan daripada pertunjukan fesyen pereka antarabangsa, Dries Van Noten.