“Tak Suka Laki Orang, Tapi Takut Kata-Kata Termakan Diri”

Sejak kebelakangan ini pasti ramai yang perasan pelakon Putra Amaris sering dilihat bersama Datuk Seri Vida menerusi posting di media sosial selepas usahawan kosmetik itu memecat pembantu peribadinya.

Didakwa menjalin hubungan cinta dengan pelakon tersebut, Vida memberitahu mereka sudah lama saling mengenali dan rapat atas urusan kerja. Namun, mengenai hubungan mereka, Vida menjelaskan biarlah masa yang menentukan.

BACA: DSV Idam Lelaki Kacak, Yang Tak Kempunan Harta Orang

“Kenal dah lama, adalah dalam 5 tahun tapi ketika itu saya tak layan pun. Cuma bila saya nak casting untuk klip video baru saya tu, Amaris mesej saya lagi. Katanya dia nak kerja dengan saya. Dari situ baru kami rapat.

“Fasal hubungan tu pula…entahlah…tak tahu nak cakap macam mana…wait and see…time will tell,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengenai status Amaris sebagai suami orang, Vida menegaskan beliau sememangnya tidak suka dengan lelaki orang dan pernah berada dalam situasi bermadu.

“Saya pernah berada dalam situasi bermadu itu. Saya tak suka. Jadi sebab itulah saya tak suka laki orang tapi takut juga jika kata-kata termakan diri sendiri nanti. Tak tahu nak cakap macam mana. Buat masa ini saya go with the flow je la,” katanya.

Putra Amaris atau nama sebenarnya Amran Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan bekas ustazah, Nur Syazwani Alias pada awal Januari lalu.

×