fbpx

“Saya Akan Kekal Bertudung Atas Permintaan Suami”

Selamat bernikah dengan pasangan pada Sabtu lalu, A.Aida memberitahu hasratnya untuk meneruskan mamakai tudung diatas permintaan suaminya. Jelas Aida, beliau tidak mahu suaminya itu terpaksa menanggung dosa beliau.

BACA: “Tak Salah Kahwin Lelaki Muda, Asalkan … “

“Mulai hari ini saya akan mengekalkan imej bertudung seperti mana diminta oleh suami sebelum ini. Walaupun hati saya masih belum sepenuhnya mahu bertudung tetapi apabila dia beritahu sama ada saya sanggup melihat dia menanggung dosa, hati saya terusik”

Pelakon vateran yang bergiat aktif dalam seni hiburan lebih 20 tahun itu berkata, beliau sudah lali dengan kecaman netizen apalagi bila beliau membuat keputusan untuk bernikah dengan lelaki muda.

“Insya-Allah saya istiqomah dan doakan agar saya tetap iman dan teruskan menutup aurat. Apa orang hendak cakap saya tak ambil pusing, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Saya dah terlalu lama dalam bidang seni jadi dah lali”

“Manusia ini ada macam-macam perangai, susah hendak puaskan hati semua orang dan mereka pun bukannya semua suka dengan kita,” jelasnya mengenai kritikan pedas netizen mengenai kahwin lelaki muda.

Dalam majlis pernikahan itu, Aida menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan RM20,000 daripada pengantin lelaki. Suami juga memberi sebentuk cincin jenama Cartier seberat 1.42 karat dan beg tangan jenama Hermes. (rtky/w)