fbpx

Zulin Aziz Akui Dilamar Ahli Politik Indonesia

Benarlah dakwaan peminat menyangka Zulin Aziz sedang merancang untuk menamatkan zaman bujangnya apabila beliau sendiri mengakui dilamar seseorang dari negara seberang. Orangnya juga bukan calang-calang, tapi seorang ahli politk dari Indonesia.

BACA: Zulin Aziz Beri Bayangan Bakal Berkahwin

“Memang benar. Cuma saya tak mahu terlalu galak bercerita. Biarlah dulu, Insya-Allah. Kami hanya kenal begitu saja. Saya tak duga, dia benar-benar mahu membawa perkenalan ini ke tahap yang lebih serius”

Walaupun Zulin enggan terlalu bercerita mengenainya, tetapi beliau menjelaskan sudah lama dirinya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. Cuma katanya, beliau sering diuji dengan hubungan separuh jalan.

“Saya sendiri pun tidak melayannya sangat. Sudah lama saya bersedia ke arah itu (perkahwinan). Cuma sebelum ini, saya sering diuji dengan percintaan yang tak pasti,” katanya kepada Berita Harian Online.

Semoga jika memang ada jodoh Zulin dengan jejaka itu, tidak akan ke mana. Bertuah Zulin dikejar cowok Indonesia, pastinya ganteng wajahnya kan. (rtky/w)