Perubahan kerajaan baru ketika ini ternyata memberi kesan terhadap sesetengah pihak. Tidak dapat lari dari tempias tersebut ialah Rosyam Nor. Pelakon berkenaan yang kini mengusahakan pasaraya 24 jam baru-baru ini turut menerima ugutan boikot gara-gara pendirian politiknya sebelum ini.
BACA: Rosyam Nor Kemalangan, Bersyukur Tidak Cedera
“Alhamdulillah di bulan Ramadan ini saya mendapat banyak rezeki pahala yang orang bagi secara percuma. Ada yang mengutuk saya, tetapi Alhamdulillah dalam masa bulan puasa ini jugak Allah beri rezeki berlipat ganda kepada saya, walaupun ada pihak yang cuba hendak memboikot tapi Alhamdulillah 24 jam penuh sentiasa, meskipun saya belum lancarkan secara rasmi pasar raya saya,” jelasnya kepada Sinar Harian Online.
Tambah Rosyam dia turut berterima kasih kerana mendapat sokongan yang lebih kuat daripada pelbagai pihak yang menyokong perniagaannya yang dilihat terarah untuk membantu rakyat dalam mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga yang lebih mampu milik.
“Terima kasih yang support bagi saya benda itu segelintir sahaja, orang Melayu Islam tak sebegitu hanya mereka yang mungkin kekurangan akhlak melakukan perkara begitu. Lepas raya kita akan buat promosi untuk menjual ayam murah seekor 88 sen,” katanya lagi. (rtky/s)