fbpx

Radio Indonesia Mula Mainkan Lagu Ciptaan Ariel Peterpan Ketika Di Penjara

Walaupun masih menjadi tahanan dipenjara Bandung, Indonesia itu tidak mematahkan semangat Ariel Peterpan untuk terus berkarya.

Ariel Peterpan yang di’penjarakan atas kesalahan berkaitan video lucah sempat mencipta sebuah lagu berjudul Dara ketika berada di’dalam penjara.

Lagu Dara di’khabarkan sebagai sebuah penghargaan buat Luna Maya dan juga buat teman teman di Peterpan yang sentiasa berada di’belakang beliau menyokong  untuk terus berkarya.

Lagu ini sebenarnya sudah siap hampir setahun yang lalu namun hanya bermula Januari 2012 radio di’Indonesia memperoleh kebenaran untuk mainkan sebagai pendengaran seluruh rakyat di’sana.

Lagu khas ini juga walaupun subjek utamanya adalah wanita, namun ia turut di’tujukan kepada semua peminat Peterpan yang merindui karya baru mereka selama ini. Lagu Dara via Youtube selepas ini.