fbpx

Bersempena Festival Putrajaya LIFT (Literacy in Financial Technology) 2019, satu festival bermatlamatkan pemerkasaan celik kewangan akan diadakan di Presint 2, Putrajaya pada 28 dan 29 Disember ini.

Selain pelbagai aktiviti seperti ‘The Showcase’, ‘The Market’ dan ‘The Fringe’ satu konsert yang bakal menggabungkan 9 penghibur dan band rock indie terbaik Malaysia ini diperkenalkan sebagai satu konsert percuma INDIEVAGANZA yang bakal menjadi tarikan utama semasa festival berlangsung.

Dengan kombinasi barisan kumpulan rock dan indie terbaik negara seperti Oh Chentaku, Gerhana Skacinta, Kyoto Protocol, Pastel Lite, The Times dan Toko Kilat digabungkan bersama nama-nama paling gah di dalam industri muzik tanah air seperti Aizat Amdan, Noh Salleh dan Ratu Rock Malaysia, Ella. Konsert Indievaganza ini juga bakal menjadi penutup tirai 2019 dan sambutan pra-sambutan ambang tahun baru 2020.

Aizat Amdan

Gerhana Skacinta

Kyoto Protocol

Noh Salleh

Oh Chentaku

Pastel Lite

The Times

Lebih menarik lagi, anda bakal menyaksikan pertembungan hebat Ratu Rock Malaysia, Ella dan Toko Kilat bakal diadakan dalam satu persembahan istimewa yang bakal mengamatkan lagi suasana.

Ella

Toko Kilat

Festival Putrajaya LIFT adalah hasil kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia dengan Bank Negara Malaysia dan industri kewangan Malaysia.

Festival Putrajaya LIFT 2019 dan konsert INDIEVAGANZA terbuka kepada orang ramai dan kemasukan adalah percuma.

Maklumat lanjut layari www.putrajayalift.com