fbpx

8 Tahun Penantian, Noorkhiriah Sebak Berjaya Khatam Al-Quran

Pelakon berbakat Noorkhiriah meluahkan rasa syukur apabila akhirnya berjaya khatam Al-Quran setelah 8 tahun penantiannya sejak dari tahun 2013.

Berkongsikan khabar gembira itu di Instagram, Norkhiriah berharap Al-Quran miliknya yang sudah terkoyak itu akan menjadi saksinya di akhirat kelak.

BACA: Dulu Pernah Cukur Kening, Noorkhiriah Akui Menyesal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

“Maka berakhir penantian akak selama 8 tahun lebih kurang pukul 9 tadi..Allah aje yang tahu perasaan akak dik.

“Dipermudahkan malam ini. Moga Quran yang dah koyak yang akak sayang ni akan jadi saksi kat sana nanti. Akak akhirnya khatam al-quran setelah bertahun,” katanya.

Menerusi entri itu, pelakon itu berkata dia telah menyimpan niat untuk khatam Al-Quran sebelum meninggal dunia dan impiannya tercapai.

“Syukur..Itulah niat akak sebelum meninggal akak nak khatam dalam umur sekarang..Masa sekolah dah tapi dah tua ni..Inilah kali pertama..Terima kasih Allah,” tulisnya.