8 Selebriti Buat Keputusan Untuk Berhijab Sepanjang PKP
Jika sebelum ini hangat diperkatakan apabila ada selebriti membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab, namun tahun 2020 menyaksikan ramai yang berhijrah untuk menutup aurat dengan mengenakan hijab.
Malah, ada di antara mereka yang sedang berada di kemuncak kerjaya namun nekad untuk berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik. Lebih manis, mereka membuat keputusan untuk berhijab sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
1. Hannah Delisha
Membuat keputusan untuk berhijab pada awal September lalu, Hannah berkata dia sudah lama menyimpan niat untuk bertudung. Hannah berkata jiwanya semakin tenang apabila menutup aurat dan dia hanya menunaikan tanggungjawab sebagai wanita Islam.
2. Zara Zya
Mengakui masih dalam proses untuk membiasakan diri dalam penghijrahan itu, Zara berkata dia sudah lama menyimpan niat untuk menutup aurat dan tidak kisah jika tawaran berlakon terjejas kerana keputusannya itu.
3. Mawar Rashid
Mula berhijab sejak pertengahan Ogos lalu, Mawar berkata dia terbuka hati untuk bertudung selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.
Sudah lama berhasrat untuk bertudung, Mawar akui hatinya berbolak balik sehinggalah dia menyedari tanggungjawabnya sebagai sebagai wanita Islam untuk menutup aurat.
4. Ernie Zakri
Antara yang paling awal berhijab pada Mac tahun ini, Ernie berkata ada hikmah duduk dirumah sebalik Perintah Kawalan Pergerakan dimana dia mempunyai masa untuk muhasabah diri.
Ernie berkata dia sedar banyak melakukan kesilapan dan sudah tiba masanya untuk berubah menjadi insan lebih baik secara perlahan-lahan.
5. Cik Manggis
Mula berhijab pada Jun lalu, ahli kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis berkata dia sudah lama memasang niat untuk bertudung namun dilakukannya secara perlahan-lahan.
Meskipun sudah berhijab, namun ia tidak menghalang minatnya untuk terus menari dan menganggap persembahan dalam De Fam sebagai sebuah aktiviti sukan.
6. Kilafairy
Sinonim dengan imej seksi, pelakon Kilafairy membuat keputusan untuk berhijab sempena keberkatan bulan Syawal yang lalu. Mahu berubah menjadi insan yang lebih baik, Kila berkata keputusannya itu adalah dan berkat doa ibu bapanya.
7. Sharifah Shahirah
Mula bertudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, Shahirah berkata dia membuat keputusan untuk berhijab selepas menyedari wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia merupakan dugaan daripada Allah SWT.
8. Ezlynn
Mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas akhir Ramadan lalu, Ezlynn tekad untuk terus berhijab selepas tiga tahun dia cuba memakai tudung setiap kali bulan Ramadan.
- SUMBER
- mStar Online
Berhijab doesnt make you any better person. Ni semua ikut trend je, perangai masih sama seperti dulu..tutup kepala tiba tiba dia lah terlebih muslimah….bole blah le, ramai yg free hair tapi hati lebih mulia drp yg tutup kepala. Pompuan macam ni aku tak percaya
Suka hati ko la dondang sayang nak percaya ke tak, niat baik dorg nak tutup aurat Allah dah catat tau, hati tu kotor sangat kenapa….pi bawak bertaubat pii….ko la virus sebenat2nya mengalahkan covid 29
Fasha Sanda pe cer???
Poyoh nie hakak nk habaq kek nko nie… Sipasha sandor SEPISIS SESUMPAH!! Nko abaikn jerk.. Dia tk der dlm kategori kearah NAK BERUBAH!!! tpi kite doakn ajer baik² yer dokk??
Dondang sayang wat eber la!! At least ada gak diaorg nie MENUTUP!! Dri nko mybe TERLOPONG sana sini sediiihhhhh!!!
Dondang syg…mn bukti free hair hati lg mulia..ko x nk pakai tudung gasak ko lh..dengki sgt ngn org bertudung dh knp..hati ko tu mulia sgt ke
Diaorang pakai tudung sebab dah stable kewangan. Business berjalan baik, jadi influencers atau nak jual tudung etc. Sebab tu tak kisah kalau takde acting job. Saluran duit dah ada. ..
PS: Aku tak percaya org pakai tudung tu lebih baik akhlaknya. Mulut diaorang lebih laser dari yg free hair. Hati diaorang tak sesuci embun pagi….No I am not convinced.
Mcm awek lama aku zara zya ni pakai tudung
Dondang Sayang and Grasshopper ni sejenis Tak suka perempuan hijab atau bertudung kalau orang tue nak ubah itu Haq die ko Sape nak pandai pandai cakap hati perangai orang mungkin yang cakap tu tgh describe her or his own self. What is wrong with hijab people stop being jealous and try to bring down others. It’s their life sekarang nampak sangat u olls nak buat onar dengan freehair and hijab folks stay cool jer no need to condemn atau cemburu perempuan hijab yang lawa. Suka hati die orang lah
kita doakan yang baik2 buat umat kita yang mahu berubah menjadi lebih baik
pakai tudung lawa? kakhkahkah mekap sekilo lawa la.. pakai bulu mata palsu tu haram x sedar pulak. janji tutup kepala..pakai ketat xpe janji tutup kepala. bodoh
Org berhijab x mesti baik. Betul sgt. Sbb berhijab tu hanya sebahagian drpd suruhan Allah SWT. Mereka pun x bermakna sempurna hanya kerana dah berhjab.
Tapi org yg x berhijab ni walaupun baik hati atau budi bahasanya, dia masih x mnjalankan sepenuhnya suruhan Allah SWT.
Tu je nak khabaq. Hang nak dengar ke idok hak hang la ye sistur.
Zmn skrg bila org tutup kepala je puji melangit mcm lah bidadari sorgawi..betul2 segelintir manusia bertutup kepala ni mulut lagi longkang drp yg tak tutup kepala dan hati lagi busuk..pengalaman banyak dah terkena…Yg bertutup nilah kaki kutuk,hina,fitnah,maki hamun org…kaki buat maksiat pun yg spesis ni gak.asal bertutup dh suci pd pndgn manusia bodoh ummah melayut
Rambut tu sebahagian dr aurat..
Dan aurat wajib d tutup, spt yg Allah perintahkan utk semua muslimah yg baligh..
Mulut longkang ke… perangai x elok ke…
itu dosa lain, tp sekurang2nya dosa aurat dia xde.
Itu je acik nk kabo