7 Tahun Menanti, Madammu Kini Hamil 5 Minggu
Tahniah diucapkan buat usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau lebih mesra disapa Madammu mengesahkan dirinya kini hamil lima minggu.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Madammu menerusi aplikasi TikTok memaparkan usahawan itu bersama suaminya ke sebuah pusat perubatan bagi melihat keputusan Persenyawaan In Vitro (IVF).
BACA: Madammu Dipuji Humble & Tak Terjerit-Jerit, Jauh Berbeza Dengan Penaja AJL Terdahulu
@eriyca.baiduri Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant
Menerusi entri itu, Madammu turut meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat diberikan apatah lagi sudah tujuh tahun dia menantilkan momen tersebut.
Perkongsian Madammu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat usahawan itu yang sudah lama mengimpikan zuriat.
Terdahulu, usahawan berusia 33 tahun itu ada berkongsikan mengenai pemindahan embrio atau Persenyawaan In Vitro (IVF).
Jgn tampal muka baby dgn sticker .. nanti tak comel followers meroyan!
Nak sediakan sticker…? Jgn cam sekor artist feeling terpaling sohor cam sorang tu hiks!
Siapa lak ni. Simpan dulu cerita2 ni smpai dh beransk baru la umum.
effect drip ke susah ngandung?
Ingat ini gossip artis.. timbang kilo pun boleh gak ye …
Ingat ini gossip artis.. timbang kilo pun boleh gak ye …
Tak lama lagi sticker keluar la
Wah ..lima minggu dah gah satu kampong ….
Very brave …. !!!! Org tunngu sampai 4 bulan baru cerita kat org …
Syukur