fbpx

7 Kontroversi Panas Selebriti Sepanjang Tahun 2019

Kontroversi dan isu hangat dalam dunia hiburan dan juga selebriti memang tidak dapat dipisahkan. Sepanjang tahun 2019, menyaksikan pelbagai konstroversi dan kisah panas selebriti yang menjadi buah mulut netizen.

Tahun ini boleh dikatakan banyak juga isu panas selebriti dari kisah rumah tangga dan macam-macam lagi. Rotikaya ingin kongsikan dan imbas semula 7 cerita panas selebriti sepanjang tahun 2019.

1. PU Abu & Da’i Farhan Ceraikan Isteri Sedang Hamil

Tahun ini menyaksikan kontroversi panas terpalit dua pendakwah selebriti iaitu PU Abu dan Da’i Nik Farhan yang menceraikan isteri mereka yang sedang sarat hamil. Lebih hangat kedua-dua pendakwah ini menceraikan isteri mereka melalui aplikasi WhatsApp.

Namun lebih hangat diperkatakan adalah kontroversi terpalit isteri baru Da’i Nik Farhan, Dr Erin yang merupakan seorang janda anak lapan, apabila ada pihak mendakwa dia melarikan kereta dan didakwa doktor palsu.

2. Gelaran Juara Dewi Remaja Haneesya Hanee Ditarik Balik

Selepas beberapa hari dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee sudah mula terpalit dengan kontroversi panas apabila tular videonya bersama dua lagi peserta Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam sambil memegang segelas air dipercayai minuman keras.

Kurang dari 72 jam, gelarannya sebagai Juara Dewi Remaja 2018/2019 telah ditarik balik apabila mendapati Haneesya telah melanggar kontrak serta syarat-syarat penyertaan pertandingan tersebut.

3. Terpalit Isu Curang, Kemelut Rumah Tangga Aliff Aziz

Awal Februari lalu, rumah tangga Aliff Aziz sekali lagi menjadi perhatian apabila Bella Astillah mendedahkan aktor itu curang lagi. Bermula dengan dengan kes curang dengan pelakon baharu Oktavia Manrose serta beberapa orang wanita.

Hampir beberapa bulan isu itu berlarutan akhirnya pada Mei pasangan itu disahkan bercerai talak satu. Bagaimanapun, baru-baru ini nama Aliff Aziz sekali lagi heboh diperkatakan apabila ditahan oleh pihak polis kerana mabuk serta mencetuskan kekecohan, bergaduh di Orchard Road, Singapura.

4. Emma Maembong Buka Hijab, Foto Mesra dengan Syed Abdullah

Baru saja memasuki Januari 2019, nama Emma Maembong hangat diperkatakan apabila tersebar fotonya tidak bertudung sambil memeluk erat Syed Abdullah yang merupakan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Malah, tular sekeping lagi foto yang mengaitkan Emma dan Syed Abdullah berdua-duaan di dalam sebuah bilik. Bagaimanapun, Emma tampil menafikan wanita yang berada di celah kangkang Syed Abdullah itu adalah dirinya.

5. Kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Tahun ini kita dapat lihat beberapa kes perceraian melibatkan selebriti namun antara yang hangat dibicarakan adalah kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila.

Nabila menfailkan perceraian terhadap Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos lalu. Nabila memberitahu dia dan Sharnaaz sudah tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018. Nabila turut memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan.

Sharnaaz menolak permohonan isterinya itu untuk bercerai dan memfailkan nusyuz terhadap Nabila. Kes mereka sehingga hari ini masih lagi berlanjutan dan diperintah untuk jalani proses timbang tara.

6. Foto mesra Intan Najuwa & Zul Ariffin

Sedang ditayangkan drama lakonan mereka, kecoh apabila tersebar beberapa foto terlebih mesra Intan Najuwa dan Zul Ariffin di media sosial. Foto tersebut memaparkan Zul mendakap erat heroinnya dengan aksi manja sambil bermandi-manda di pantai.

Lebih panas, apabila pengarah drama tersebut, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan tiada dalam drama.

7. Video Panas Mirip Zul Ariffin Tersebar

Untuk penghujung tahun 2019, hangat diperkatakan apabila tular satu rakaman video memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pelakon Zul Ariffin. Video itu memperlihatkan aksi lelaki berbadan sasa itu dalam keadaan berbaring sambil menunjukkan alat sulitnya.

Susulan penularan video tersebut, timbul persoalan apabila akuan Instagram Zul dinyahaktifkan. Tampil membuka mulut mengenai isu itu, Zul akui kecewa dirinya terkait kes sebegini dan menyifatkan dirinya menjadi mangsa ‘deepfake’.