fbpx

7 Benda Berwarna Merah Yang Jadi Idaman Para Gadis Hari Ini

Bila kita berbicara mengenai warna merah, kita juga sebenarnya berbicara tentang attention, fabolous, sensasi dan juga meriah. Percaya atau tidak, warna merah jugalah yang mampu menyemarakkan apa jua suasana.

Jika anda memang suka warna merah, mesti kawan-kawan selalu mengusik tentang banyak perkara, asalkan ia berwarna merah. Kami kongsikan bersama anda, 7 benda berwarna merah yang pastinya menjadi idaman gadis hari ini. Ibu-ibu pun boleh juga.

1. Bunga Ros

Red Roses Desktop Background

Okay, katakanlah anda masih tidak mempunyai teman istimewa lagi dan secara tiba-tiba ada insan istimewa telah menghantarkan tiga kuntum (i love you) bunga ros merah. Pastinya rasa terkejut dan juga teruja akan membuatkan anda tidak keruan. Cuba bayangkan bunga yang sampai warna hitam. Seriously?

2. Handbag Prada

6 - 7 Benda Berwarna Merah Yang Jadi Idaman Para Gadis Hari Ini - ROTIKAYA

Bila buka kisah mengenai beg tangan wanita ini, kami percaya ramai yang tidak senang duduk. Bayangkan andabergaya dengan Prada Saffiano berwarna merah, ringkas lagi elegen dan mampu menarik perhatian sesiapa saja yang melintas di hadapan mata. Rasanya, jika bagi kejutan kepada kekasih dengan hadiahkan handbag, entah nampak ke tidak bunga ros tadi.

3. Lelaki Hensem Pakai Baju Merah

55 - 7 Benda Berwarna Merah Yang Jadi Idaman Para Gadis Hari Ini - ROTIKAYA

Menurut kajian, wanita mudah tertarik dengan lelaki yang mengenakan pakaian berwarna merah. Cuba bayangkan abang polis handsome, badan sasa dan uniformnya pula berwarna merah, memang ramai yang sanggup hadap roadblock.

4. Lipstick

2 - 7 Benda Berwarna Merah Yang Jadi Idaman Para Gadis Hari Ini - ROTIKAYA

OMG, gincu bibir berwarna merah merupakan salah satu senjata untuk wanita kelihatan seksi selain menaikkan lagi seri wajah. Jika boleh, masa cuba gincu merah ini, habis satu tangan mahu colek sampel sebelum membeli.

5. Honda City Red

1 - 7 Benda Berwarna Merah Yang Jadi Idaman Para Gadis Hari Ini - ROTIKAYA

Okay, ini memang betul-betul buat ramai orang teruja. Dengan rekaan yang menarik, warna yang sangat menawan yang anda tidak akan dapat dari mana-mana kereta lain. Kita semua akan dengar perkara yang sama – Eh, Nora pakai kereta apa sekarang? Oh, Nora pakai Honda City Red. Dari jauh sudah tahu itu kereta dia.

6. Dress

3 - 7 Benda Berwarna Merah Yang Jadi Idaman Para Gadis Hari Ini - ROTIKAYA

Pernah tengok Scarlett Johansson dalam persalinan merah? Anda tidak pernah silap jika memilih warna merah sebagai fesyen malah anda jugalah penarik perhatian pada majlis tersebut.

7. Kasut Tumit Tinggi

8 - 7 Benda Berwarna Merah Yang Jadi Idaman Para Gadis Hari Ini - ROTIKAYA

Kasut tumit tinggi merupakan salah satu aksesori lengkap untuk ke pejabat atau mungkin ketika anda ingin menghadiri majlis makan malam dan sama pula warna dengan handbag dan juga kereta.

Dengan semua kombinasi warna merah yang anda gayakan ditambah pula dengan pemanduan selesa serta warna menawan Honda City Red, percayalah, anda akan sentiasa berada di ingatan rakan-rakan.