fbpx

Iqram Dinzly Dikritik Perlekeh Nama Nabi Muhammad S.A.W

Selepas dilanda pelbagai kritikan tentang gaya hidupnya kini, Iqram Dinzly dijemput ke program Melodi semalam untuk memberikan kenyataan tentang perkara itu buat pertama kali menerusi program tersebut.

Ketika ditemubual penerbit Melodi, Iqram Dinzly mengakui yang gurunya adalah Che Mat dan kemudian menjelaskan yang Che Mat itu adalah Nabi Muhammad S.A.W — kata kata Iqram Dinzly ini mula tidak disenangi ramai.

“Alangkan nama Sultan atau Agong kalau kita tersalah sebut pun dah boleh dikenakan Akta Hasutan, inikan pula nama seorang Nabi yang teragung,” ujar salah seorang penonton Melodi di Facebook.

Ustaz Abu Syafiq menerusi video di atas juga menyelar tindakan Iqram Dinzly sebagai tidak menghormati Rasulullah selain meminta para ulama dan majlis agama mengambil tindakan terhadap selebriti itu.

Kami berharap pihak Iqram Dinzly dan juga produksi Melodi ada jawapan untuk isu ini semoga ia tidak berulang lagi kelak. (rtky/m)