Okay, bukan sebiji ayat sebegitu yang Fathia Latiff tuliskan di Twitter tetapi maksudnya sama. Baru baru ini, Fathia Latiff telah memberikan reaksi terhadap satu berita tentang hukuman yang telah dijatuhkan kepada seorang penjenayah.

Seorang penganggur telah dijatuhi hukuman mati dan penjara 18 tahun serta 12 sebatan selepas dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini kerana merogol dan membunuh seorang suri rumah tiga tahun lalu di Gua Musang, Kelantan.


Terpanggil untuk memberikan komen, Fathia Latiff menulis yang tidakkah undang undang boleh memberikan peluang kedua kepada individu tersebut sedangkan jenayah itu telah dilakukan lebih 3 tahun dulu.

Ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan Fathia Latiff ini dan berkata urusan taubat antara individu itu dengan Tuhan urusan peribadi juga hukuman dunia mesti dilaksanakan untuk pengajaran.



Anda rasa perlukah ada undang undang untuk memberi peluang kedua kepada penjenayah sebegini atau anda tidak bersetuju dengan Fathia Latiff? (rtky/m)