6 Selebriti Ini Bangga Miliki Kulit Hitam Manis

Boleh dikatakan rata-rata iklan di televisyen akan memaparkan model memiliki kulit putih sehinggakan ramai yang beranggapan berkulit putih itu cantik dan berkulit gelap tidak cantik.

Malah, ada yang menghina mereka yang berkulit gelap dan isu body shaming bukan saja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Lebih teruk, dengan zaman teknologi di hujung jari mereka yang memiliki kulit hitam manis ini sering menjadi mangsa buli.

Tetapi warna kulit sebenarnya tidak menghalang seseorang itu untuk berjaya dan menyerlahkan bakat mereka di mata dunia. Ini antara selebriti dan personaliti yang bangga memiliki kulit hitam manis.

1. Yuna

Mengakui pernah berasa kurang yakin kerana memiliki kulit gelap, namun penyanyi ini kini mencipta nama di Amerika Syarikat dan dikenali ramai. Yuna berjaya membuktikan warna kulit tidak menjadi pengjalang untuk menentukan kejayaan seseorang.

2. Nabila Huda

Pernah menyelar pihak yang menjual produk memutihkan kulit, Nabila Huda beranggapan penggunaan produk pemutih kulit dalam jangka panjang akan beri kan buruk.

Malah, Nabila berkata kita sepatutnya bangga dengan warna kulit nusantara dan ramai yang akan jatuh cinta dengan warna kulit kita.

3. Dayang Nurfaizah

Bersykur dengan warna kulitnya yang gelap, Dayang berpendapat kulit gelap dianggap manis dan cantik. Dayang juga tidak percaya dengan rawatan pemutihan kulit kerana apa yang penting kulit itu dijaga agar tidak kusam dan tidak berjerawat.

4. Ainul Aishah

Pelakon ini sangat seselsa dengan warna kulitnya gelap kerana baginya ia sesuatu yang seksi dan unik. Ainul juga turut berasa hairan mengapa ramai sanggup berhabis duit dan obses untuk berkulit putih.

5. Nourul Wahab

Pernah menegeur seorang pengikutnya di Instagram kerana mendiskriminasi warna kulit individu lain, penyanyi Nourul sangat bangga dengan warna kulitnya. Katanya lagi, setiap insan memiliki keistimewaan mereka tersendiri dan sentiasa harga diri seadanya.

6. Dr. Amalina Che Bakhri

Meskipun bukan bergelar selebriti, namun doktor pembedahan umum ini sering menjadi perhatian. Bukan sahaja bijak tetapi mimiliki kecantikan semulajadi sehinggakan ramai yang meminta pandangan tips untuk kelihatan cantik dan sihat.

Sebelum ini Dr Amalina pernah menyelar tindakan sesetengah pihak yang sanggup mengambil produk tanpa kelulusan untuk mendapatkan kulit putih dengan jalan pintas.

×