fbpx

6 Selebriti Beri Sumbangan Tabung Harapan Malaysia

Umum mengetahui, hutang negara sudah mencecah RM1 trilion. Rabu lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melancarkan Tabung Harapan Malaysia untuk rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan derma bagi membantu kewangan kerajaan.

Semalam, beberapa selebriti turut tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan untuk negara. Antaranya Alif Satar dan Hafiz Hamidun yang memuat naik gambar resit dengan menutup jumlah wang yang diderma.

Alif Satar 

Hafiz Hamidun

Haji Zeel 

Pemilik syarikat produksi Zeel Production yang mesra disapa Haji Zeel, tidak melepaskan peluang untuk membantu kerajaan Malaysia dengan memberi sumbangan sebanyak RM500 ke tabung berkenaan.

Nourul Wahab 

Penyanyi Nourul Wahab juga turut serta menghulurkan sumbangan walaupun jumlahnya tidak banyak.

“Demi negara yang tercinta. Saya sudah. Yang lain? walaupun sekupang (10 sen), bantu juga.”

Fathia Latiff 

Dalam pada itu, Fathia Latiff, antara yang memberi sumbangan dan sokongan terhadap penubuhan tabung tersebut.

Azza Elite

Pelakon dan ahli kumpulan Elite, Azza turut melakukan sumbangan sebagai tanda sayangkan Malaysia. Memuat naik foto gambar resit, Azza memberitahu ini yang dia mampu lakukan sebagai rakyat yang sayangkan Tun M untuk Malaysia.