fbpx

6 Sebab Kenapa HUAWEI nova 9 Jadi Rebutan Ramai Sekarang Ini?

Korang perasan tak zaman sekarang ni ramai yang memilih telefon pintar berbanding kamera. Ya lah, dengan telefon pintar tu serba serbi ada, nak bawa ke mana-mana pun senang. Lagi-lagi sekarang dah boleh travel sana sini, masa ni lah telefon pintar nak jadi BFF pun.

Yang gemar bergambar pasti inginkan telefon pintar yang canggih, lagi-lagi part kamera, nak OOTD lah katakan. Kalau boleh tu sekali snap pappp cantikk! Tapi sekarang korang tak payah nak risau dah, penyelamat korang dah sampai!

HUAWEI nova 9 muncul secara rasmi dengan ciri fotografi tahap profesional yang tersendiri dan prestasi serta sesuai untuk kegunaan harian korang. Paling penting akan meningkatkan pengalaman hiburang korang.

Nak tahu apa yang best lagi pasal HUAWEI nova 9? Jom layan sampai habis.

1. Prestasi Kamera Tahap Profesional Luar Biasa

Didatangkan dengan 50MP RYYB Ultra Vision Camera System, HUAWEI nova 9 menawarkan prestasi kamera yang luar biasa yang membantu korang menangkap imej kehidupan dengan lebih jelas dan tajam. Dibina dengan Kamera Ultra Vision 50MP, Kamera Ultra-Wide Angle 8MP, Kamera Kedalaman 2MP dan Kamera Makro yang membolehkan tangkapan dekat sehingga 4cm. Ia menggunakan teknologi XD Fusion Engine yang boleh didapati di peranti flagship HUAWEI.

Korang mesti tertanya-tanya kan, apakah elemen yang diperlukan untuk mengambil gambar yang cantik ala ala photograph. Adakah megapiksel kunci kepada fotografi yang cemerlang?

Sebenarnya, kalau korang nak tahu megapiksel hanyalah sebahagian daripada gambar yang bagus. Camera sensor adalah ciri penting untuk gambar yang menarik kerana ia menangkap pendedahan cahaya untuk memastikan foto yang tajam dan tulen. Tanpa camera sensor, imej boleh terganggu.

Buat kali pertama dalam siri HUAWEI nova, HUAWEI nova 9 dilengkapi dengan kamera gred flagship, ia menggunakan penapis warna yang membantu korang menangkap imej kehidupan sebenar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tidak kira keadaan cahaya yang gelap.

Bukan itu sahaja, HUAWEI nova 9 juga menawarkan kamera selfie 32MP dan video selfie beresolusi 4K yang dapat memberikan kualiti video yang amat bagus.HUAWEI memperkenalkan teknologi kamera baharu dalam HUAWEI nova 9 untuk pengalaman fotografi yang sangat baik dengan keupayaan sensor kamera baharunya.

2. Paparan 120Hz Licin & Bendalir

Menariknya mengenai HUAWEI nova 9 ni, adalah pada paparan skrin melengkung OLED 6.57 inci dimana ia sekaligus memberikan korang pengalaman hiburan yang lebih tinggi dengan pemandangan sinematik.

Bukan tu sahaja, korang juga akan merasai pengalaman premium dengan HUAWEI nova 9. Di mana telefon pintar pujaan ramai ni, membolehkan pengoptimuman skrin yang menukar paparan antara 60Hz dan 120Hz kadar penyegaran bergantung pada penggunaan, mengimbangi kedua-dua visual cecair semasa menonton video dan memanjangkan hayat bateri.

3. Warna & Reka Bentuk Estetik

Menggunakan reka bentuk kaca melengkung dengan butang berfungsi di bahagian tepi, HUAWEI nova 9 memancarkan reka bentuk yang estetik untuk kegunaan harian korang. Dengan proses pengisaran kaca yang canggih, kelengkungan kaca sesuai dengan sempurna pada bingkai logam, menjadikannya licin apabila disentuh.

Dengan berat hanya 175g dan tebal 7.77mm, HUAWEI nova 9 sangat sesuai pada tangan korang dan menawarkan pegangan yang lebih selesa semasa menggenggam.

Didatangkan dengan warna yang menarik perhatian, HUAWEI nova 9 mempamerkan warna Starry Blue yang terang, mendahului had estetik. HUAWEI nova 9 diperbuat dengan proses dwi-filem dan dwi-salutan bersama salutan anti-silau. Ia juga mengekalkan kemasan matte mewah dengan tekstur halus untuk sentuhan yang lebih berkualiti.

4. Kepantasan Caj 66W HUAWEI

Korang yang rajin selfie, rajin buat video tu kali ni tak perlu takut kalau bateri korang cepat habis. Sebabnya dengan HUAWEI nova 9 menawarkan pengecasan pantas dengan 66W HUAWEI SuperCharge!

Paling best tak perlu tunggu lama untuk korang dapatkan full bateri, cukup hanya 38 minit HUAWEI nova 9 korang dan sedia untuk berkhidmat!

5. Prestasi Permainan Yang Lebih Awesome

Alami permainan yang menyeronokkan tetapi mencabar dengan HUAWEI nova 9 dengan prestasi permainannya yang lebih mantap!

Dengan Touch Turbo Gaming Experience yang dibina dalam HUAWEI nova 9, korang boleh menikmati kadar pensampelan sentuhan sehingga 300Hz semasa bermain dan membantu korang mencapai prestasi terbaik dalam skor permainan.

Direka dengan teknologi Graphene & VC Liquid cooling technology, HUAWEI nova 9 memastikan pengalaman permainan yang lancar tanpa merasakan peranti terlalu panas. Ia menggunakan teknologi pelesapan haba Graphene dalam mengesan kehangatan dan segera menyejukkan peranti apabila kehangatan dikesan.

Ketersambungan Pintar dengan Perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI (HMS)

HUAWEI berazam untuk menyediakan semua kemudahan kesalinghubungan dalam ekosistemnya. Sesuai dengan namanya sebagai peneraju teknologi global, HUAWEI mempersembahkan manfaat Perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI (HMS) untuk semua pengguna HUAWEI menikmati dan menjalani kehidupan yang lebih bijak.

AppGallery menawarkan banyak aplikasi yang rakyat Malaysia selalu guna, dari kategori komunikasi, permainan, e-wallet, membeli-belah dan banyak lagi! Jadi, korang boleh menggunakannya tanpa berasa kerisauan.

Menitikberatkan kepentingan privasi data dan kesalinghubungan, HUAWEI menawarkan akses HUAWEI AppGallery menggunakan hanya satu HUAWEI ID merentas peranti HUAWEI yang berbeza.

Selain itu, ibu bapa juga boleh mengaktifkan fungsi kawalan ibu bapa untuk sekatan akses, menghalang anak daripada melayari kandungan untuk tempoh masa berlebihan.

Jika mempunyai beberapa akaun e-mel, pengguna boleh menguruskan e-mel dengan lebih baik menerusi aplikasi myMail dengan memuat turun di HUAWEI AppGallery.

Korang juga boleh menggunakan Petal Search, enjin carian mudah alih dikuasakan AI untuk carian berita, perkhidmatan berdekatan malah aplikasi yang ingin dimuat turun.

Petal Search bakal memberikan lebih banyak pilihan di luar HUAWEI AppGallery serta hasil carian pihak ketiga yang dipercayai.

Be a nova Star Karaoke Battle


Alang-alang korang dah baca sampai sini, nah ni hadiah untuk korang yang rajin membaca. Tapi sebelum nak dapat hadiah tu, kena lah join nova Star Karaoke Battle dulu.

Pertandingan ‘Be A nova Star Karaoke Battle’ ni telah berlangsung sekarang dan akan berakhir pada 18 November 2021 di JOOX. Tiga pemenang akan dipilih daripada tiga kategori berbeza. Mana lah tahu ini rezeki korang ke kan, jadi jangan lupa join okey!

Jangan lupa baca maklumat lanjut DI SINI.

#BeAnovaStar Tiktok Dance Challenge

Bukan tu jer yang korang boleh join. Bagi yang gemar berTikTok korang boleh join #BeAnovaStar Tiktok Dance Challenge mulai 7 sehingga 13 Novemeber ini untuk peluang memenangi HUAWEI Band 6.


Hantar penyertaan dengan mengikuti langkah mudah di bawah:

1. Lakukan #BeAnovaStar TikTok Dance Challenge dengan penapis berjenama

2. Rakam dan muat naik video tarian anda berserta #BeAnovaStar #HUAWEInova9 pada profil TikTok

3. Jadikan profil TikTok korang dalam tetapan umum

4. Pemenang akan diumumkan pada 18 November 2021 berserta ulasan.

Anugerah HUAWEI NEXT-IMAGE 2021

HUAWEI turut mengalu-alukan korang untuk merakam detik terbaik dalam hidup menggunakan telefon pintar HUAWEI dan menyertai Anugerah NEXT-IMAGE HUAWEI Community Malaysia.

Pertandingan fotografi ini menampilkan 10 kategori bagi menggalakkan pencipta kandungan peranti HUAWEI untuk menunjukkan kemahiran fotografi dan berkongsi kreativiti mereka.

Sementara itu, sempena pelancaran HUAWEI nova 9, HUAWEI Malaysia menawarkan hadiah istimewa untuk imej terbaik diambil dengan siri nova untuk pengguna telefon pintar siri HUAWEI nova.

Hantarkan karya fotografi dan video korang melalui HUAWEI Community mulai sekarang sehingga 30 November 2021 untuk memenangi hadiah hebat.

Jom Buat Pra Pesanan Sekarang!

Korang tak kan tengok saja, jom lah kita sama-sama buat pre order HUAWEI nova 9. Pre order ni terhad sehingga 19 November 2021 jer. Lambat korang tengok ja lah orang pakai. hihi.

Untuk pra pesanan dan maklumat lanjut, layari pautan di bawah:

Kedai Rasmi Dalam Talian HUAWEI

Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee

Kedai Rasmi HUAWEI di Lazada

HUAWEI Experience Store