fbpx

6 Sebab Indochina Bakal Jadi Destinasi Percutian Anda Selepas Ini

Sedikit informasi geografi kepada mereka yang belum tahu, Indochina merupakan nama lain untuk sebahagian tanah besar di Asia Tenggara yang meliputi negara seperti Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam dan semenanjung Malaysia — ya, kita juga termasuk sekali.

Jadi untuk anda yang berminat untuk meneroka keindahan tanah Indochina, ini ada 6 sebab kenapa anda perlu tempah tiket anda sekarang ke destinasi pilihan tanpa berlengah lagi. Mana lagi, AirAsia pun kini ada promosi khas tambang ke negara negara Indochina.

1. Keindahan Pantai Di Da Nang, Vietnam

130110005

Danang, Vietnam mempunyai persisiran pantai sepanjang 30km yang meliputi beberapa lokasi termasuklah pantai Xuan Thieu (atau Red Beach) yang terkenal dengan keputihan pasir pantainya selain air laut yang membiru.

Kenapa ianya turut digelar Red Beach? Cuba anda datang ketika matahari terbit atau terbenam, cerminan matahari di pantai ketika itu akan membuatkan kawasan sekitar seakan akan kemerahan. Pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

2. Shwedagon Pagoda, Myanmar

img_3790

Lokasi ini memang seperti berada di dunia lain. Shwedagon Pagoda merupakan salah satu lokasi keagamaan terpenting di Yangon jika tidak seluruh Myanmar. Payung di puncak pagoda utama di sini khabarnya turut dihias dengan emas dan batu permata mahal.

Habis meneroka Shwedagon Pagoda, anda boleh pula berjalan jalan menghabiskan masa sekitar Chinatown di Yangon yang juga merupakan kawasan tersibuk di sana — penuh dengan peniaga jalanan membawa pelbagai juadah tempatan. Apa lagi, kita makan!

3. Siem Reap, Kemboja

AngkorWatHotAirBalloon

Angkor Wat mungkin destinasi paling popular di antara semua negara Indochina kerana keunikan landskapnya. Lebih menarik, anda sebenarnya boleh menaiki belon panas setinggi 200 meter dan menikmati pemandangan indah sekitar Angkor Wat.

Selepas terbang dengan AirAsia ke Kemboja, terbang pula dengan belon panas di Angkor Wat.

4. Bagan, Myanmar

Bagan-Birmania

Tengok gambar di atas pun kami sudah gatal tangan untuk tempah tiket AirAsia ke Yangon, Myanmar. Jika anda ada masa dan kesempatan, boleh melawat ke salah satu destinasi paling epik setaraf Angkor Wat & Machu Picchu tetapi ketika ini masih kurang pelancong.

Di dalam hutan tebal, berdirinya puluhan kuil atau temple bersejarah yang dibangunkan oleh Raja Bagan sekitar tahun 1057 dan 1287 — yang asalnya mencecah 4,450 buah.

5. Nikmati Kopi Telur Di Hanoi

P2136752-1920x1000

Kopi diminum bersama telur memang kombinasi yang agak pelik namun di Old Quarter, Hanoi minuman ini merupakan salah satu juadah popular yang dicari ramai. Adunan enak telur ayam, kopi, susu manis, mentega dan keju memang akan buat anda mahu lagi.

Bercakap tentang Old Quarter di Hanoi ini, kami sendiri pernah merasai pengalaman berjalan menghabiskan masa di sana dan ianya memang havoc. Tidak berhenti henti motorsikal cuba ‘membunuh’ kami, anda perlu rasakan sendiri. Tiket AirAsia ke Hanoi sebelah sana.

6. Kerana AirAsia Tawarkan Tiket Murah

FB_IDC20off

Apa lagi alasan anda untuk tidak meneroka keunikan negara Indochina jika AirAsia sudah tawarkan tempat duduk murah untuk anda ke sana. Pengalaman sebegini bukan selalu datang untuk anda. Tengok negara orang selagi boleh kata orang orang tua.