fbpx

Menangi Tiket Kuala Lumpur Major Dota 2 Secara Percuma!

Syarikat telekomunikasi tempatan, U Mobile yang bekerjasama dengan PGL, Rangkaian EGG dan IMBA akan membawa kejohanan Dota 2 terbesar dunia ke Kuala Lumpur!

Dalam pertandingan tersebut, seramai 16 pasukan akan berentap untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD1 juta.

Jadi apa tunggu lagi! Pengguna U Mobile berpeluang untuk memenangi sepasang tiket PERCUMA untuk menyaksikan The Kuala Lumpur Major peringkat dunia di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 sehingga 18 November ini.

Sebanyak 100 pasang tiket daripada pelbagai kategori termasuklah Immortal, Divine dan Ancient tersedia untuk dimenangi.

Ingin tahu bagaimana cara untuk menyertai pertandingan ini untuk para pengguna U Mobile? Mudah sahaja:

1. SMS KLM ke 28121
2. Jawab 1 soalan mudah mengenai Dota 2

Bukan pelanggan U Mobile? Jangan sedih, anda hanya perlu dapatkan pelan pascabayar Giler Unlimited GX50 ataupun prabayar Giler Unlimited GX30 dari U Mobile dan dapatkan 15 atau 10 penyertaan dengan serta merta!

Di samping itu, bagi setiap RM30 yang dibelanjakan untuk perkhidmatan U Mobile, anda secara automatiknya akan diberikan 20 penyertaan tambahan untuk membantu meningkatkan lagi peluang pemenangan anda.

Sebanyak 13 pemenang tiket The KL Major bertuah yang turut membeli kod STEAM melalui U Mobile akan memenangi sepasang Pas Eksklusif untuk beramah mesra bersama pemain-pemain Dota 2 serta hadiah-hadiah lain yang menarik. Wah bestnya!

Menarik mengenai U Mobile:

Bukan sahaja dapat tiket percuma dari U Mobile untuk perlawanan Dota 2 peringkat dunia ini. Anda juga bakal menikmati internet dengan tahap kelajuan yang super duper hebat.

Hanya dengan RM 50 anda akan mendapat Pascabayar Giler Unlimited GX50 yang dilengkapi dengan data TANPA HAD untuk semua aplikasi dan juga panggilan percuma ke semua rangkaian.

Manakala Prabayar Giler Unlimited GX30 juga dilengkapi dengan data TANPA HAD untuk semua aplikasi. Hanya RM30 sebulan tanpa caj tersembunyi.

Jom sertai sekarang! Tempoh peraduan adalah dari 21 September 2018 sehingga 31 Oktober 2018.

Maklumat lanjut, sila layari laman U Mobile.