fbpx

Banyak Tempat-Tempat Menarik Di MACAO , Anda Perlu Tahu!

MACAO sangat dikenali dengan keunikan sistem pentadbirannya yang mengabungkan dua formula sistem dalam satu negara.

Senibina kotaraya, agama, tradisi makanan serta budaya yang diamalkan mengembalikan nostalgia masa silam zaman Protugis apabila menakluki bumi MACAO pada pertengahan abad ke-16.

Ini dia kami senaraikan 6 keseronokan yang menanti anda di sana.

1. Landskap Yang Mewah & Mempesonakan


Lihat sahaja sistem pembandarannya, memang cukup teratur dan serba canggih. Apabila malam, melihat pula pantulan cahaya lampu-lampu LED yang menyinari bandar tersebut cukup membuktikan, bandar ini memang layak tersenarai dalam salah sebuah daerah termewah di dunia!

2. Pelbagai Variasi Makanan


Jangan terkejut, MACAO juga terkenal dengan makanan-makanan uniknya. Jangan kata makanan jenis savory, pencuci mulutnya juga pasti akan membuatkan kamu tersandar kekenyangan.

3. Tempat-Tempat Tourist Attraction 


MACAO bukanlah hanya sekadar Bandar biasa, selain mempunyai sejarahnya yang tersendiri  Ia juga mempunyai beberapa tempat touris attraction yang perlu anda lawati apabila menjejakkan kaki ke negeri tersebut, antaranya seperti;

– Senado Square

Yang telah diiktiraf dalam senarai Warisan Dunia UNESCO

– Ruins of St. Paul’s

Salah satu peninggalan sejarah oleh Portugis abad ke-17, di mana kekalnya serpihan bangunan (pintu masuk) gereja terbesar di Asia.

– Muzium MACAO


Bukan sahaja mempunyai 1001 cerita menarik tentang sejarah MACAO , tetapi ia juga dikatakan terletak di kawasan yang sangat strategik untuk melihat dan nikmati keindahan bandar MACAO .

– The Fisherman’s Wharf

Jangan terkejut apabila melangkah masuk ke theme park ini. Walaupun ia mempunyai pelbagai reka bentuk bangunan yang menarik dan akan membuatkan anda bagai berada di dunia Eropah, namun pusat membeli belah yang telah dimodelkan ini telah digabungkan dengan tiga ciri dan bahagian yang berbeza iaitu Dynasty Wharf, East Meets West dan Legend Wharf.

4. Lebih 20 Festival Dan Perayaan Di Sambut Setiap Tahun


Selain itu, bandar unik ini juga turut terkenal dengan beberapa festival tahunan yang akan dilakukan setiap bulan seperti

  • Perarakan Menyambut Tahun Baru Cina
  • MACAO Arts Festival
  • Perlumbaan Dragon Boat MACAO Antarabangsa
  • Tun Ng Festival (Dragon Boat Festival)
  • MACAO Lotus Flower Festival
  • Wushu Masters Challenge
  • MACAO International Music Festival
  • Lusofonia Festival
  • MACAO A-Ma Cultural & Tourism Festival
  • MACAO Food Festival
  • MACAO Grand Prix
  • MACAO International Marathon
  • MACAO Light Festival
  • International Film Festival & Awards MACAO
  • Parade through MACAO, Latin City

Tetapi yang paling kami nanti-nantikan adalah festival makanan mereka. Yummmmy, mesti ada macam-macam makanan sedap yang ada.

5. Sightseeing always the best!

Jika anda mencari sesuatu aktiviti yang menarik untuk dilakukan di MACAO , tidak perlu peningkan kepala lagi. Di sini sahaja ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.

Antaranya seperti main permainan air di Anim Arte Nam Van dan banyak lagi.

Haish, kalau nak senaraikan satu per satu memang rasanya tak akan habis, sebab bandar ini memang punyai tarikannya yang tersendiri.

Tetapi kalau nak tahu lebih lanjut dan tengok sendiri keseronokan bandar ini dengan lebih dekat, apa kata jom datang beramai-ramai ke MACAO Tourism Road Show yang mengetengahkan tema MACAO Wonders of Autumn dan akan bermula pada tarikh dan lokasi seperti berikut;

  • 26 – 29 Oktober 2017 (Kuala Lumpur)
  • 2-5 November 2017 (Johor Bahru)

Tapi sebelum itu, biar kami belanja anda beberapa gambar menarik sekitar di MACAO ! Seriously rasa macam nak terbang terus ke sana hari ini juga!

Untuk mengetahui segala perkembangan dan update terkini tentang festival mereka anda boleh ke laman web MACAO Tourism atau terus ke Facebook mereka.