fbpx

5 Tips Pemilihan Hijab Untuk Kekal Trendy

‘Hijab’ satu perkara yang tidak asing lagi bagi kaum wanita. Namun dalam ledakan fesyen hijab masa kini, ramai hijabis tampil meletop dengan pelbagai gaya hijab yang berbeza-beza sehingga membuatkan fesyen mereka menjadi ikutan.

Tapi tahukah anda ramai juga di antara hijabis yang menjadi ‘mangsa fesyen’. Dek kerana terlalu taksub dengan fesyen, segelintir hijabis gagal mengayakan fesyen tudung mereka dengan menarik sekaligus membuatkan mereka menjadi bahan bualan ramai.

Sempena hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, kami kongsikan dengan anda beberapa tips untuk kekal bergaya walaupun berhijab. Jadi anda tidak perlu risau untuk bergaya pada musim lebaran nanti.

Tips yang bakal kami kongsikan ini pastinya membuatkan anda tampil menarik dan trendy dengan pengayaan hijab yang bersesuaian.

1. Pemilihan Material Tudung Yang Sesuai

Dalam dunia fesyen hijab yang semakin meluas, terdapat pelbagai jenis material tudung yang berada di pasaran antaranya material chiffon, satin, cotton dan juga lycra (getah).

Bagi menjadi hijabis yang cantik dan menawan pemilih material tudung memainkan peranan penting buat anda.

Ini kerana jika anda gagal memilih meterial yang bersesuaian dengan bentuk wajah anda kelihatan kurang selesa dengan pengayaan tudung tersebut.

2.Corak Tudung

Jika anda tidak mahu tergolong dalam golongan ‘mangsa fesyen’ pemilihan corak tudung juga perlu diberi perhatian. Kini banyak di pasaran corak-corak tudung yang rare.

Namun tidak semua orang sesuai mengayakan corak tudung rare jika tidak bersesuaian dengan wajah.

Jika anda ingin selamat corak tudung berkonsepkan bunga, polkadot, houndstooth dan paisley amat sesuai buat semua bentuk wajah.

3. Padanan Tudung Dan Pakaian

Pemilihan warna juga amat penting untuk kekal trendy walaupun anda seorang hijabis. Pemilihan warna terang membuatkan anda kelihatan terserlah dan sekaligus memberi maksud anda berada mood yang ceria.

Jika anda ingin tampil santai pemilihan warna nude ataupun lembut memberi maksud anda dalam mood bersahaja namun tetap trendy.

Selain itu, pemilihan warna tudung juga mengikut kesesuaian kulit wajah, keadaaan dan juga kepadanan warna pakaian pada masa itu.

4. Pengayaan Tudung

Tips ini harus dititik beratkan. Setiap fesyen yang digayakan akan membuatkan anda kelihatan menarik mahupun sebaliknya.

Jika anda mengenakan tudung bawal sekalipun, namun pengayaan anda sesuai dan menarik ia akan membuatkan anda kelihatan berani dan bersahaja.

Lilitan tudung yang kemas juga melambangkan keperibadian anda. Jadi para hijabis haruslah banyak menonton toturial untuk mendapat hasil lilitan yang menarik.

5. Penjagaan Kulit Wajah Untuk Menyempurnakan Lagi Gaya Hijab Anda

Jika semua sudah lengkap dengan pengayaan tudung namun kulit wajah anda kelihatan suram dan tidak bermaya ia akan menjejaskan juga foto raya anda nanti.

Jadi apa kata anda sentiasa amalkan pengambilan suplemen setiap hari untuk memastikan kulit wajah anda kelihatan berseri dan bersih.

Suplemen seperti Flavettes Effervescent Glow yang lengkap dengan formulasi 3 in 1 ini mengandungi Vitamin C, Vitamin E, dan Glutathione.

Sekaligus membuatkan wajah anda kelihatan lebih berseri-seri dan barulah sesuai untuk anda mengayakan apa juga warna hijab.

Lagi menarik cara pengambilan Flavettes Effervescent Glow juga amat mudah hanya dengan melarutkan ke dalam segelas air dan minum sebegitu sahaja. Rasanya pula seperti air oren.

Barulah anda setanding dengan wajah Lin yang merupakan duta suplemen ini.Selain itu, anda juga turut mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mengayakan sebarang fesyen hijab yang trending masa kini.

Kami harap dengan tips pemilihan hijab yang kami kongsikan ini membuatkan wajah anda kelihatan cantik dan yang penting anda harus ada keyakinan diri untuk mengayakan sesuatu fesyen tudung.

Jangan lupa juga untuk amalkan Flavettes Effervescent Glow setiap hari sebagai rutin kesihatan anda. Barulah anda kelihatan lebih sihat lebih anggun.