fbpx

5 Tips Mudah Untuk Dapatkan Kulit Putih, Cerah Secara Semulajadi

Hai semua! Buat pertama kali saya, Lia Natalia menulis di laman hiburan & gaya hidup popular ini dan hari ini saya ada berita baik untuk anda semua yang idamkan kulit cantik, putih berseri persis Lia Natalia bintang Hollywood yang menjadi pujaan anda. Hehe.

Lia harus akui yang kulit berseri dan cerah adalah impian semua orang. Tiada siapa suka jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam atau lingkaran hitam di mata. Kulit kita semua berbeza dan setiap jenis kulit mempunyai masalah tersendiri namun ianya bukan penghujung impian anda.

Di mana ada kemahuan pastinya di situ ada jalan ‘kan? Jika anda boleh luangkan masa dan rutin harian untuk menjaga kulit anda, pastinya akan ada hasil. Berikut beberapa tips mudah yang mahu Lia kongsikan bersama anda, dibawakan oleh Pure Beauty White & Bright.

Peluang untuk memenangi produk Pure Beauty White & Bright tajaan Watsons dihujung artikel ini untuk anda semua, bernilai lebih RM1,000. Jangan lepaskan peluang ini bersama Lia.

1. Amalkan Diet Dengan Serat Tinggi, Berkhasiat

Segalanya harus bermula dengan diet atau cara pemakanan anda. Masalah penghadaman akan menyebabkan kekotoran kulit dari dalaman dan kerana itu diet seimbang sangat penting. Amalkan pemakanan berprotein tinggi seperti ikan, kacang, daging putih dan bijian seperti gandum hitam & beras perang juga sayuran sangat bagus untuk kesihatan dan kulit anda.

Cuba elakkan makanan yang diproses kilang atau dari bahagian sejuk beku. Asid lemak Omega 3 bagus untuk mengurangkan keradangan kulit dan ianya boleh ditemui dalam kacang walnut, salmon dan kacang soya. Jaga makan, itu penting.

2. Minum Air, Banyakkan Minum Air Setiap Hari

Ramai sebenarnya mengambil mudah pengambilan air dalam kehidupan sehari hari. Seperti yang kita tahu terdapat banyak faedah kesihatan dengan hanya minum air, salah satunya adalah untuk membantu kulit anda untuk membersihkan kekotoran.

Air membersihkan badan dan menghapuskan toksin & bahan buangan. Ia menghidrat tubuh dan membuang lebihan minyak dan kotoran. 15% daripada kulit kita terdiri daripada air. Jadi, minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk memberikan kulit cerah idaman anda.

3. Elakkan Terdedah Kepada Matahari

Cahaya matahari sumber vitamin D yang baik namun hanya dari jam 7.00 pagi sehingga 9.00 pagi setiap hari, selepas itu anda perlu elakkan pancaran cahaya matahari terus ke kulit anda. Sinaran UV agak kuat dan bukan sahaja merosakkan tekstur kulit tetapi pendedahan berlebihan kepada sinaran ini boleh menyebabkan kanser kulit — lebih lebih lagi sekitar 10.00 pagi ke 2.00 petang.

4. Amalkan Pembersihan Kulit Dengan Betul

Menghidratkan kulit dari dalam dan luar adalah penting. Bersihkan muka anda dua kali setiap hari, sekiranya lebih ianya boleh menyebabkan kekeringan. Minyak semulajadi yang dihasilkan kulit kita diperlukan untuk kesuburan. Gunakan air suam untuk mencuci manakala gunakan air sejuk untuk membilas untuk mengelakkan kotoran kembali ke liang kulit muka. Semasa mencuci muka guna pergerakan bulat, jangan gosok kerana boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

5. Dapatkan Cukup Rehat Dan Tidur Itu Penting

Mungkin anda tidak tahu, rehat yang cukup dan tidur merupakan rahsia nombor satu untuk gaya hidup yang sihat dan kulit yang cerah berseri. Berada dalam keadaan tertekan akan menghasilkan kulit berminyak secara berlebihan. Sekurang kurangnya tidur 7 hingga 8 jam setiap hari untuk minda yang aktif dan kulit berseri.

Tidak salah juga untuk anda mengunjungi spa berdekatan untuk hilangkan stress dan berehat.

White & Bright_Group

Dan sekarang untuk menang hadiah berupa produk kecantikan Pure Beauty White & Bright bernilai RM250 setiap satu, anda perlu menjawab tiga soalan dibawah berdasarkan video di atas dan hantarkan penyertaan anda ke [email protected] sebelum 14 Oktober 2014.

Hamper produk kecantikan Pure Beauty White & Bright ini mengandungi produk lengkap termasuklah Cleanser (pembersih) + Toner + Day Lotion (krim siang) + Night Cream (krim malam) + Serum & Facial Mask untuk kegunaan rutin kecantikan anda.

1. Berapakah jumlah produk yang digunakan oleh watak utama untuk rutin pembersihan kulit?

2. Apakah nombor meja di belakang watak utama ketika berada di kampus? (Hint: Minit 1:13)

3. Lengkapkan slogan “Saya idamkan kulit putih dan cerah berseri bersama Pure Beauty White & Bright kerana … (tidak lebih 20 patah perkataan)

Ingat, penyertaan anda hanya melalui e-mail sahaja dan pemenang akan pihak ROTIKAYA hubungi secepat mungkin dan tiada bukti pembelian diperlukan. Mudah!