fbpx

5 Tanda Demam FIFA Semakin ‘HANGAT’ Dalam Diri Anda

Dalam kehangatan Piala Dunia FIFA 2018 yang semakin membara dalam diri peminat bola sepak, pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan pasukan kegemaran anda beraksi.

Menonton perlawanan nombor 1 Dunia ini secara beramai-ramai juga mampu meningkatkan keceriaan dalam kehidupan.

Tapi tahukah anda bahawa 5 tanda ini membuktikan anda seorang peminat tegar bola sepak.

Senang cerita siapa yang terkena ‘demam FIFA’ ini pastinya tiada ubat selain dapat menonton sendiri perlawanannya.

1. Selalu Menyemak Jadual Perlawanan

Untuk yang kaki bola pastinya menyemak jadual perlawanan menjadi perkara wajib buat anda apabila tiba musim piala FIFA.

Yalah jika terleka, takut terlepas pula game pasukan kegemaran anda. Bukan itu saja, ada juga yang siap buatkan nota di kelender telefon gara-gara tidak mahu ketinggalan.

2. Media Sosial Dipenuhi Dengan Update Perlawanan FIFA

Jika ada simptom-simptom ini dalam diri anda, tidak lain tidak bukan anda telah dijangkiti demam FIFA.

Yalah jika anda bukan seorang peminat bola sepak mana mungkin untuk anda update mengenai perlawanan bola sepak di media sosial anda sepeti Facebook, Instagram mahupun Twitter.

Boleh dikatakan tu, setiap kali perlawanan bermula ataupun ada saat-saat yang boleh dikenakan serangan jantung mulalah anda buat instagram story lah, facebook story lah untuk dikongsi dengan rakan yang lain.

3. Mula Nak Lepak Mamak Sehingga Lewat Pagi

Jika dulu belum bermulanya musim Piala FIFA jangan dikatakan lepak mamak, kawan ajak pergi makan pun boleh bagi alasan macam-macam dek terlalu penat bekerjalah katakan.

Kiranya otak tu habis sahaja waktu kerja, terus fikir balik rumah. Tapi bila tiba musim Piala Dunia FIFA ini, mulalah nak lepak mamak sampai pagi.

Yalah mana best jika tonton perlawanan yang penuh dengan aksi ini seorang diri di rumahkan tak riuhlah suasana itu. Tonton ramai-ramai boleh juga raikan kemenangan dengan rakan-rakan.

4. Ambil MC Kerana Tidak Cukup Tidur

Haaa, taktik ini pasti ramai di kalangan peminat bola sepak lakukan. Yalah bila dah tonton Piala Dunia FIFA sehingga lewat pagi mana mungkin mata bertahan untuk pergi kerja.

Jika ada yang pergi kerja pun pastinya fikiran melayang-layang dek kerana tak cukup tidur. Nak tak nak MC (medical certificate) juga sebagai penyelamat untuk tidak ke pejabat.

5. Tonton Piala Dunia Melalui Telefon

Tahun ini merupakan tahun pertama musim lebaran disambut bersama dengan Piala Dunia. Jadi pastinya ramai rakan-rakan anda yang mengadakan majlis rumah terbuka.

Bila sudah banyak permintaan rumah terbuka yang anda harus hadiri, telefonlah sebagai penyelamat untuk menonton perlawanan dunia ini.

Yalah kadang nak bergerak satu rumah ke rumah yang lain itu mengambil masa. Jadi masa ini lah nak gunakan telefon pintar anda yang canggih untuk layan World Cup.

Tak perlu nak serabutkan kepala anda lagi dengan keadaan internet anda. Dengan Internet Cili Padi daripada rangkaian Digi Prepaid ini pastinya anda boleh tersenyum lebar untuk tonton Piala Dunia tanpa risau data anda akan habis.

Bukan sehingga beratus pun untuk beli internetnya hanya RM1 sahaja anda boleh tonton bola sepak dunia. Nak lagi menarik ia juga sesuai untuk kesemua aplikasi tau.

Bukan untuk pengguna prepaid ja tau boleh tonton secara langsung dengan Digi, untuk pengguna postpaid pun boleh tonton juga hanya dengan Digi Postpaid Football Pass , RM1 sahaja untuk 2 jam siap pakej unlimited internet lagi.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan data secukupnya untuk nikmati perlawanan Piala Dunia dengan harga RM1.

Muat turun saja aplikasi MyDigi melalui Play store atau App Store anda dan boleh enjoy tonton bola tak kira di mana anda.

Tapi untuk bukan pengguna Digi anda juga boleh tonton Piala Dunia dengan harga yang sangat awesome ini, dengan mendaftarkan diri anda di sini untuk nikmati perlawanan Piala Dunia.

Cuba anda periksa diri anda agak-agak anda ada tak tanda-tanda ‘penyakit’ ini dalam diri anda. Jika ada anda memang peminat setia bola sepak.