fbpx

5 Tahun ‘Menghilang’, ‘Sabda Kekasih’ Kembalikan Wawa Zainal

Selepas 5 tahun berehat dari dunia lakonan, akhirnya pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal kini kembali beraksi dihadapan kamera menerusi telemovie Sabda Kekasih.

Wawa atau nama sebenar Nurul Hawa Zainal Abidin, 30 ketika ditemubual berkata sedikit kekok disebabkan sudah lama tidak berlakon.

“Sebenarnya hampir 5 tahun tak berlakon, bila dah mula berlakon balik ni ada sikit kekok tapi Alhamdulillah sebab dibantu oleh pelakon-pelakon hebat yang ada di set pengambaran”.

“Bercakap mengenai watak dalam telemovie ini, Alhamdulillah Wawa dapat bawa watak ni memandangkan jalan cerita asal adalah dari Wawa dan suami. Jadi boleh lah in character dengan cepat”.

Menurut Wawa Sabda Kekasih ini juga merupakan first baby dibawah syarikat dibawah naungannya.

“Telemovie ini adalah our first baby dibawah syarikat Wawa, dari segi masa dan jalan cerita tu mudah untuk Wawa memilih masa dan jalan cerita, katanya kepada Rotikaya

Telemovie arahan Azhari Zain yang bakal ditayangkan di Astro First pada 24 Jun ini sedikit sebanyak boleh menghilangkan rindu peminat buat Wawa Zainal.

Turut sama digandingkan dalam telemovie ini adalah Ariel Zafrel, Fauziah Nawi dan Sabri Yunus. Filem yang mengisahkan Qaseh Murni (Wawa Zainal) seorang yang happy go lucky dengan kehidupannya berubah selepas dia berjumpa dengan Sabda Bukhari (Ariel Zafrel) dan dari situlah pelbagai konflik dan suka duka yang mereka harugi.

Pesan kami, jangan lupa tonton cerita ini di pawagam rumah anda dan sediakan sekali dengan tisu. Jangan rembat baju orang sebelah pula! Selamat menonton.