fbpx

5 Tahun Menduda, Fezrul Khan Tak Fikir Nak Kahwin Lagi

Baru-baru ini perkongsian pelakon Fezrol Khan menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya berbaju Melayu dengan kapsyen ‘Selamat menikah semoga kekal hingga akhir hayat’.

Menjelaskan mengenai perkongsiannya itu, Fezrul berkata dia hanya bergurau sahaja. Ujarnya entri tersebut adalah untuk mempromosikan drama terbaru lakonannya berjudul Gantung.

BACA: Selepas Bercerai, Fezrul Khan Sedih Beraya Tanpa Anak

“Tiada apa-apa pun. Sengaja saya buat begini kerana MIG tak benarkan saya siarkan apa-apa gambar promosi. Jadi saya muatkan gambar sesuka hati saya,” katanya.

Sudah lima tahun menduda, Fezrul berkata dia tidak pernah terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga. Katanya lagi tiada wanita mahukan dirinya.

“Tiada sesiapa mahukan saya. Jadi, apabila ada masa saja, saya akan berkebun. Kalau nak kata saya pandai kahwinkan durian Musang King, itu memang betul,” katanya.

Fezrul pernah mendirikan rumah tangga dengan Noorhafizah Zulkafli pada 5 Mei 2012 namun bercerai pada 19 Ogos 2015. Mereka dikurniakan seorang anak, Farrel Khan, 8, kini di bawah jagaan bekas isterinya.