5 Tahun Kerja Keras, Alieff Irfan Berjaya Beli McLaren 720s Harga RM2 Juta
Personaliti media sosial yang juga YouTuber terkenal, Alieff Irfan meluahkan rasa syukur impiannya untuk memiliki kereta sport jenama McLaren 720s akhirnya tercapai.
Memetik mStar Online, Alieff berkata ia merupakan kejayaan buat dirinya selepas bekerja keras selama lebih lima tahun.
View this post on Instagram
“Syukur Alhamdulillah apa yang saya impikan selama ini tercapai. Awalnya nak pakai hari raya lepas, tetapi dapat masa hari raya haji. Kereta ini juga menjad pembakar semangat untuk saya yang tiada apa-apa sebelum ini. Ini juga merupakan sebahagian daripada kerja keras selama lebih lima tahun ini,” katanya.
Berkongsikan kegembiraan itu di Instagram, Alieff turut memuat naik video kenderaan berwarna hitam itu buat pengikutnya.
Dalam pada itu, Alieff berkata tujuannya berkongsikan video itu di media sosial adalah untuk berterima kasih kepada pengikut yang selama ini menyokongnya.
View this post on Instagram
“Dalam dunia ini tidak mengira sama ada kita berbuat baik atau jahat, semuanya akan menjadi buah mulut orang. Namun, bagi saya ini adalah satu pencapaian yang dapat saya buktikan mengenai usaha keras selama ini.
“Saya memuat naik gambar itu dengan niat untuk berkongsi dan berterima kasih kepada mereka yang selama ini banyak menyokong,” katanya.
Difahamkan, hasil tinjuan di laman web jualan kereta mendapati harga kereta sport tersebut dianggarkan bernilai RM2 juta.
- SUMBER
- mStar Online
Siapa ni??????????
Ok LHDN sila siasat!
After 5 years of hardwork this turd bought himself a McLaren 720s? He could not possibly be a smart guy if this story is indeed true. Smart successful person will certainly know how to spend wisely.
Sape mamat ni???
sape ni? Ira sondol xnak try mamat ni ke? nmpk berduit tu
menyampah..ke dok habiskn duit tukar keta geng youtuber ni.time laku ada duit berrabis laa.aset tk byk mane..ketaje yg bermcm jenis .nk sohor ke sape?? nila jdnye bila org tak bijak jd kaya segera
Success is not in this dunya success is in the hereafter. May Allah protect you from evil eyes.
Mamat ni aku first time dgr. Tapi byk followers kat yt dan tiktok etc. Sape yg polo dia ni pun aku x tahu mungkin kanak2 riang. Yg x kenal dia ni mungkin dah tahap dinosour belaka mcm aku kah3x. Untung la buat video je jd kaya. X perlu buat konten bodo mcm sesetengah youtuber dan jutawan yg korg tau..x perlu kusebut namanyai. Aku pun kalo muda2 dpt income juta2 aku hadiahkan diri aku rumah dan kereta idaman. Bg mak ayah aku hadiah apa aje yg mereka impikan.
Semoga tak lupa mnggunakan kekayaan dan rezeki ke arah kebaikan. Semoga aku juga dpt capai impian hidup aku berjaya dunia akhirat
Gomer pyle exactly sir.
Maaf..mgkn sbb aku xkaya..jadi aku tak terfikir sampai nak beli kete harga 2juta
Kereta 2juta, saving ko mesti ada pulih juta, ratus juta kan..kaya giler!!!
Tak kan ko nak buat pameran je kete tu
Bagi aku kat msia ni, kereta laju2 ni nak pegi mana?..naik penang-jb 10minit je ke?
Xpala laa.. org yg senang tu bkn lah org yg byk duit.. tp org yg senang adalah org yg boleh p masjid, boleh makan mnum sesuka hti, hdupnya tenang.. – ust ahar idrus