fbpx

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Ulang Tonton Filem Sekuel Blade Runner!

Pernah tak kamu bayangkan bagaimana rasanya berada di dunia yang canggih serba maju dan terpaksa berdepan dengan beberapa ‘manusia jadian’ yang kejam cuba untuk merosakkan muka bumi?

Jika YA, kami ada 5 sebab mengapa anda perlu tonton filem Blade Runner 2 yang bakal ditayangkan pada 5 Oktober 2017 akan datang.

#1: Gabungan Dua Hero Di Era Yang Berbeza!

Jangan terkejut, filem ini berjaya mengabungkan dua hero dari era yang berbeza. Ya, bagaikan Déjà vu kerana kali ini Ryan Gosling akan bergandingan bersama Harrison Ford menyelesaikan satu misi yang sama untuk menyelamatkan bumi.

#2: Set Pengambaran Yang Fantastik Dan Bagaikan Berada Di Zaman Futuristic Yang Sebenar!

Cerita ini mengambarkan bagaimana dunia terutamanya negara Los Angeles pada tahun yang akan datang. Memang tidak dinafikan semua set dan props yang digunakan cukup menakjubkan dan mampu membuatkan anda yakin berada di zaman yang serba canggih.

#3: Kemunculan Jared Leto Yang Cukup Kacak Dengan Mata Yang Sangat Memukau.

Siapa yang tidak kenal dengan Jared Leto? Orangnya kacak dan serba boleh. Berilah apa sahaja watak pasti dia mampu lakukan. Di dalam filem ini, Leto memegang watak sebagai Niander Wallace seorang lelaki replika yang kejam dan punyai kuasa luar biasa melalui pandangan mata.

#4: Ada Suntikan Elemen Seni Di Dalam Sekuel Ke-2 Filem Ini

Jika anda pencinta seni, pasti anda akan jatuh cinta dengan setiap suntikan seni yang dihasilkan terutamanya apabila melihat replika-replika manusia yang ada. Paling kami suka kemunculan ‘gadis gergasi’ yang bercahaya.

#5: Akhir Sekali, Tentulah Sebab Aksi-Aksi Lawan Yang Cukup Mengujakan Dan Mendebarkan!

Nampaknya tiga dekat yang diambil sangat berbaloi kerana aksi-aksi lawan yang ada semakin mengujakan dan membuatkan anda tertunggu-tunggu apa yang akan jadi seterusnya.

Bagi yang belum tengok trailer, ini kami kongsikan keterujaan ini bersama anda.