China, sebuah negara yang tidak asing lagi buat si kaki travel. Kita lupakan sebentar kemegahan Tembok Besar China yang terletak di Beijing atau kepesatan bandar Shanghai, kerana kami ingin membawa anda ke satu lagi bandar yang pesat membangun, iaitu Chongqing yang berada di wilayah Sichuan, China.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Chongqing terkenal dengan keunikan dan kepesatan bandar yang terletak di kawasan pergunungan ini akan mampu membuat anda teruja! Bayangkan, anda menyelusuri bandar moden, melihat sendiri pencakar langit dan terdapat juga bangunan-bangunan klasik yang dijaga rapi dan masih digunakan sehingga kini.
Jadi pastikan memori handphone atau kamera anda mencukupi okay, kerana setiap ceruk kawasannya wajib ada di social media anda.
Kos penerbangan tidak akan menjadi masalah kerana AirAsia kini sedang membuat harga promosi terbang terus ke Chongqing hanya dari RM329 sehala untuk Big Members dan RM334 sehala untuk harga bukan ahli.
Bagi yang inginkan keselesaan di dalam flight, anda juga ada option untuk Premium Flatbed RM999 sehala untuk Big Members dan RM1004 sehala untuk bukan ahli. Berbaloi bukan?
Jadi, apa yang ditunggu lagi, cepat ke laman web atau aplikasi mobile AirAsia dan tempah tiket ke Chongqing. Promosi hebat ini hanya sehingga 21 April sahaja dan terbang dari sekarang hingga 30 September 2019.
Sambil-sambil anda fikir tu, apa kata anda lihat dahulu keindahan dan keunikan bandar Chonqing yang kami kongsikan ini.
1.Lokasi Instaworthy Untuk AndaPenonton setia filem Transformers pasti tahu gambar di atas kan! Wulong Karst National Park merupakan salah satu lokasi penggambaran filem blockbuster itu.
Kecantikan alam semulajadi di Wulong pasti membuat anda terpana di tambah lagi dengan pengalaman menonton filem dan melihat tempat ini dengan mata sendiri, perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Itu baru point pertama ya mengapa Chongqing perlu ada dalam senarai travel list anda!
Selain alam semulajadi yang cantik, di Chongqing juga terdapat kedai buku yang sangat awesome! Jika anda pernah menonton filem Inception lakonan hebat Leonardo di Caprio, pasti anda teruja untuk datang dan explore kedai buku ini.
Zhongshuge, boleh dikatakan syurga dunia bagi si ulat buku dan juga si kaki selfie. Lihat sahaja keunikan seni bina dan susun atur rak-rak buku serta hiasan dinding kedai buku ini, sudah pasti anda teruja untuk mengambil gambar.
Di Zhongshuge, terdapat hampir 80,000 buah buku dari pelbagai kategori yang disediakan jadi anda boleh ambil masa untuk melihat atau mencari buku idaman hati atau boleh saja kill time dengan menangkap gambar dari pelbagai sudut di sini.
Bukan itu sahaja, Chongqing juga dikenali sebagai Mountain City. Nak tahu apa yang menanti anda lagi, ha! memandangkan bandar ini dibina di kawasan pergunungan, anda akan dapat lihat dan alami sendiri kecantikan dan keunikan landskap bandarnya dengan cara menaiki kereta kabel (Yangtze River Cableway) yang menyeberangi Sungai Yangtze.
Jangan risau bagi anda yang gayat kerana kereta kabel ini cuma mengambil masa selama 6 minit, tapi sudah cukup mengujakan anda dengan pemandangan bandar Chongqing.
Antara tarikan lain ialah stesen keretapi Lizaba. Ia di bina di dalam bangunan 19 tingkat. Stesen itu terletak di tingkat 6 hingga 8 untuk kemudahan penduduk di situ.
Jangan lupa untuk ke Ciqikou Ancient Town. Hampir kesemua bangunan disitu berusia lebih 100 tahun dan memang di jaga rapi oleh kerajaan China.
Ia bertujuan untuk ‘membawa’ pelancong ke zaman silam mereka. Satu lagi tempat menarik untuk sosial media anda, bukan!
2. Keindahan Waktu MalamBandar Chongqing di waktu malam juga ada keistimewaannya yang tersendiri, jadi ambil masa untuk terokai tempat-tempat yang menarik seperti Hongya Cave yang merupakan bekas kubu tentera terbesar di dalam bandar itu.
Berusia 2,300 tahun, Hongya Cave kaya dengan tinggalan sejarahnya. Ia dibina di tebing curam dan sangat unik.
Lebih menarik jika anda kesini di waktu malam kerana ianya dihiasi dengan nyalaan lampu yang amat menakjubkan.
Di tingkat 9 dan 10 telah di khas kan untuk restoran dan kedai makan, jadi apa lagi, ini lah peluang anda untuk makan dan bersantai sambil menikmati keunikan Hongya Cave dan sungai Yangtze pada waktu malam.
3. Nikmati Rekaan Seni Jalanan Yang AwesomeSatu lagi tempat yang harus ada dalam senarai travel anda, Dazu Rock Carvings. Mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site, menjanjikan satu pengalaman baru buat anda.
Di setiap lereng bukit yang curam, terdapat pelbagai ukiran arca yang menceritakan mengenai kekayaan, kehidupan dan masalah harian masyarakat pada abad ke-9 hingga abad ke-13.
Penceritaan tersebut banyak dipengaruhi dan diluahkan melalui arca Buddha, Taoisme dan Konfusianisme.
Dipercayai terdapat lebih 50,000 arca untuk anda lihat!Satu lagi tempat yang harus ada dalam senarai travel anda, Dazu Rock Carvings!
Bagi anda yang lebih gemar dengan seni bina moden atau lebih suka ke galeri seni, jangan risau kerana Chongqing Art Gallery atau dikenali juga sebagai Jiefangbei Guotai Arts Center telah disenaraikan sebagai salah satu galeri seni yang terbaik di China.
Pastinya mata anda akan tertumpu pada rekaan blok bewarna merah yang bertujuan membangkitkan spiritual seni bina tradisional China.
Galeri seni bina dua tingkat ini dihiasi dengan pelbagai lukisan yang menitikberatkan konsep tradisional China dan element moden mereka.
Disini juga merupakan salah satu spot untuk gambar yang instaworthy jadi luang sedikit masa dan cari spot terbaik anda disini!
4. Shopping TimeBila datang ke negara orang, perkara wajib dalam list mestilah shopping kan! Anda jangan risau sebab kami akan share tempat menarik untuk anda membeli-belah, membeli souvenir atau sekadar mencuci mata.
Antaranya di Nanping Pedestrian Street yang terletak di daerah Nanping Nanan.
Di sini anda boleh shopping sakan, kerana dengan kawasan seluas 15,000 persegi ini menjanjikan pengalaman shopping yang berbeza.
Sediakan tenaga yang cukup sahaja untuk anda jelajah satu persatu kedai.
5. Halal FoodSelepas anda berjalan menerokai kehebatan dan keindahan bandar Chongqing, tak lengkap sesuatu trip tanpa mencuba local food kan. Jangan risau, kerana restoran makanan halal juga ada dijual oleh komuniti Muslim di Chongqing.
Untuk lebih memudahkan anda mengenalpasti restoran yang menyediakan hidangan halal, lihat perkataan ini Hui Zu Can Ting yang bermaksud Hui Muslim restoran dan Qing Zhen bermaksud halal.
Terkenal dengan hidangan Chongqing Hotpot atau Mala Hotpot, ialah sejenis hidangan sup yang penuh dengan rempah dan cili. Anda hanya perlu merendam kepingan daging dan sayur-sayuran dan nikmatinya panas-panas.
Kami sertakan alamat restoran halal bagi memudahkan anda mencarinya nanti. Jangan lupa untuk mencuba! Kali ini anda jalan-jalan cari makan di Chongqing!
Chong Qing Hui Wei Chuan Yu Qing Zhen Huo Guo (You Su Fu Dian) terletak di Song Pan Lu Mi Lan Tian Kong 101 Hao Fu 23 Hao (Da Lian Yi Xing Pang).
Selain Chongqing Hotpot, anda juga boleh mencuba satu lagi hidangan yang popular di sana iaitu, Chongqing Xiao Mian.
Chongqing Xiao Mian merupakan hidangan pelbagai jenis mee. Lihat sahaja gambar di atas, drooling teruskan?
Alamatnya adalah Chong Qing Qing Zhen Huo Guo Cheng (Zhen Yi Shun Zong Dian) yang terletak di Yu Zhong Qu Jiao Chang Kou Zhong Xing Lu 5 Hao Fu 1 Hao (Yu Yu Da Sha Pang).
Jadi, apa lagi tunggu lagi, pack bag anda dan tempah tiket penerbangan di laman web atau aplikasi mobile AirAsia. Bersedia untuk satu pengalaman travel yang berbeza dan menyeronokkan!