5 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Pelan REAL Altel
Jika ketika ini anda masih lagi tercari-cari syarikat telekomunikasi yang adil dan juga tidak menelan wang anda secara diam-diam, Altel mungkin adalah jawapan yang anda cari lebih-lebih lagi pelan yang ditawarkan ketika ini mengutamakan keperluan internet anda. Siapa tidak suka internet, bukan?
Kini Altel hadir dengan pakej baru yang susah betul nak ditolak, Pelan Prabayar REAL. Sudahlah pelan yang ditawarkan hadir dengan harga yang sangat berpatutan, kawasan liputan Altel juga turut berkembang dengan meluas. Kami kongsikan bersama anda 5 sebab kenapa anda perlu dapatkan pelan REAL Altel sekarang.
1. Ada Internet Percuma
Melalui pek permulaan yang ditawarkan Altel, anda akan dapat percuma 300MB internet berkelajuan tinggi dan juga kredit tersedia RM5. Punyalah untung, bila aktifkan saja sudah ada kredit dan juga internet percuma disediakan. Harga pek permulaan cuma RM7 sahaja.
2. Harga Memang Sangat Berpatutan
Ramai yang mengeluh sebab nak pakai internet mahal tapi bukan dengan Altel. Ini kerana Altel kini ada harga baru yang pastinya lebih memikat. Untuk pelan 1GB, anda hanya perlu bayar RM25 sahaja (sebelum ini RM28) dan untuk 2GB pula, hanya RM42 (sebelum ini RM48).
Harga berpatutan (siap dapat kredit dan internet percuma!) dan kedua-dua pelan ini aktif untuk 90 hari! Memang berbaloi khususnya untuk anda yang menggunakan wifi di rumah dan di pejabat.
3. Akaun Aktif Percuma Selama 365 Hari
Ini yang paling best. Jika anda ingin tahu, dengan setiap topup pertama selepas pengaktifan bernilai RM50, anda akan mendapat 365 hari tempoh sah secara percuma. Tak perlu lagi risau dengan tempoh sah akaun anda.
4. Tawaran Berganda Bagi Yang Pantas
Ini tips untuk anda mendapatkan 10% kredit tambahan. Aktifkan pelan Altel paling real ini dan dalam masa 5 hari, topup minimum RM30 dan anda akan dapat kredit tambahan tersebut – tanpa tarikh luput. Tawaran paling real ini hanya jika anda cepat bertindak.
5. Khidmat Pelanggan Yang Terbaik
Bila ada masalah atau perlukan bantuan, anda pasti nak berhubung dengan khidmat pelanggan kan? Jangan bimbang, Altel mempunyai khidmat pelanggan yang terbaik. Bukan sahaja menyediakan khidmat melalui telefon, email dan sosial media di Facebook dan Twitter, Altel juga mempunyai servis Live Chat di laman webnya www.altel.my. Memang memenuhi kehendak generasi sekarang yang mahukan bantuan dan jawapan yang pantas.
Itu antara sebab kenapa anda perlu dapatkan Pelan REAL Altel. Layari laman web Altel untuk mencari pengedar Altel yang berdekatan dengan anda.
Itu yang bestnya Altel ..http://www.gerobokbuku.com/
Altel penipu….memangla 365 hari tapi reload jer…jap lagi ade jer iklan yg potong duit…. Xregister ape2… Tapi jap lagi msg kita register….dasar altel penipu…bila kita call centre minta blk duit…mcm2 alasan bagi…bukan salah altel la….memangla bukan altel yg hantar msg tu….tapi logik akal mcm mana penyangak2 ni boleh potong reload kita, kalau altel sendiri xbg permission….cam minta sedekah nak duit balik dari altel…..
Memang penipu….dah terkena dengan Altel ni… Hangpa yang baru dok subscribe dengan altel 365 ni jaga² lah. Betul bagi 365 hari dengan charge RM30 upfront lepas tu dalam tempoh 3 bylan kena reload RM30 lagi reload (in total)…
Aku dah reload lebih dari 30 pun sistem masih kata aku tak reload cukup… Aku tau sebab memang aku ada rekod di internet banking aku tapi bila check dengan call center diaorang tak leh check kata tak dapat tengok transaksi yang lepas. Yang tanggung bala… Aku. Sebab line aku dah kena terminate terus… Yer la aku dah tau aku punya 365 tamat bulan 9/2016… Aku tak der la semak…. Tup tup hari ni 30/5/2016 bila call diaorang kata dah terminate…
Hareee….betoi.
Gua pun dulu pakai Altel juga, tapi bila dah telan duit tak tentu kira, gua pun tukar telco lain…