fbpx

5 Sebab Kenapa Anda Kena Guna kiplePay

Sebaik saja gaji masuk, berapa kerap anda keluarkan wang di mesin ATM? Penat bukan bila wang di dalam dompet semakin berkurang, mulalah nak mencari ATM. Atau adakah anda jenis yang kerap menggunakan kad debit untuk pembayaran?

Jika anda rasa penggunaan kad debit sudah cukup menyenangkan, tahukah anda sebuah aplikasi cashless iaitu kiplePay telah dicipta bagi memudahkan anda berbelanja tanpa perlu bawa kad debit anda setiap masa.

Senang cerita, aplikasi ini adalah dompet elektronik (e-wallet). Cara nak guna pun cukup senang. Download dan masukkan maklumat bank anda. Anda boleh pindahkan sebahagian wang anda ke dalam aplikasi ini.

Bila wang sudah dipindahkan ke dalam aplikasi ini, anda bolehlah berbelanja di semua outlet yang menerima kiplePay. Kalau di restoran, tak payah susah-susah ke kaunter atau panggil pelayan, boleh bayar terus tahu.

Kami kongsikan bersama anda 5 sebab kenapa anda wajib muatturun aplikasi kiplePay.

1. Dijamin Selamat

Segala maklumat anda dan juga bank yang anda hubungkan di dalam aplikasi ini adalah terjamin selamat malah pembangun aplikas kiplePay sendiri iaitu Webonline Dot Com Sdn Bhd (WOL) sudah sekian lama dipercayai dalam menguruskan sistem kewangan bersifat cashless ini.

Demi memastikan keselematan pengguna pada tahap maksima, kiplePay menggunakan 6-digit pin sekuriti dan juga sekuriti menggunakan imbasan cap jari anda. Betul-betul terjamin keselamatan anda!

2. Tak Payah Bawak Duit Banyak

Masih ingat lagi bagaimana setiap kali anda nak pergi makan atau shopping, mesti kena keluarkan banyak wang tunai di bank sampai menebal dompet. Kemudian mulalah risau jika ada orang di kiri kanan memerhati.

Kini dengan kiplePay, anda tidak perlu risau lagi kerana kemudahan yang disediakan aplikasi ini membuatkan anda mudah untuk berurusan selain tidak perlu takut menjadi mangsa pencuri.

3. Bayar Bil, Top Up & Pemindahan Wang

Jika anda betul-betul bijak menggunakan wang, pastinya anda juga tahu bagaimana ingin menjimatkan masa. Apa yang kami ingin nyatakan di sini ialah kiplePay turut menyokong pembayaran bil semasa, pemindahan wang dan juga tambah nilai untuk telefon pintar anda.

Seperti yang kami terangkan di atas, sistem e-wallet kiplePay ini sangat membantu anda menjimatkan masa. Pindahkan wang anda ke kiplePay dan lunaskan bayaran komitmen anda setiap bulan dengan pantas.

4. Tak Payah Bersusah Pergi ATM

Penat juga jika difikirkan jika kehabisan wang sahaja, mesti kena pergi cari mesin ATM terdekat. Kini dengan kiplePay, perkara tersebut tidak akan terjadi lagi kerana anda boleh melakukan transaksi secara online sahaja.

Jimat masa dan jimat wang nak isi minyak kereta atau bayar parking.

5. Ada Tawaran Menarik

Selain memudahkan anda untuk menguruskan pelbagai transaksi, kiplePay juga turut menyediakan tawaran menarik yang pastinya eksklusif buat pengguna. Ini sekaligus memberikan anda peluang untuk berjimat dalam berbelanja.

Bersedia Untuk Perubahan

Sedar atau tidak, setiap perkara yang anda lakukan kini pastinya ingin dilakukan dengan pantas. Semuanya berkaitan dengan penjimatan masa.

Kehadiran kiplePay selaku e-wallet tidak dapat dinafikan mampu membuatkan kehidupan ada jadi lebih teratur dan juga menjimatkan masa. Ayuh kita menjengah masa hadapan dengan sama-sama turun aplikasi kiplePay di sini.

Berikan masa untuk anda belajar dan percayalah, menjelang beberapa tahun ke hadapan, kiplePay merupakan pilihan anda dalam menyelesaikan pembayaran seharian.