fbpx

5 Sebab Bikers Kental 2 Bakal Pecah Panggung!

Sekali lagi, kisah dunia permotoran ditayangkan dalam filem Bikers Kental 2 selepas mendapat sambutan hangat menerusi filem pertama pada tahun 2013.

Filem arahan Helmi Yusof kali ini bakal menggegarkan pawagam pada 14 Mac dengan sebuah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat setia dunia permotoran.

Gandingan pelakon hebat dalam filem ini ternyata akan memberikan anda gelak tawa sepanjang menonton filem ini nanti.

Nak tahu kenapa? Ini antara 5 sebab yang bakal buat anda tidak bosan semasa dalam panggung sekaliigus menjadikan filem ini filem kegilaan ramai.

1. Gandingan Mantap Para Pelakon

Filem yang dibintangi oleh Zizan Razak, pastinya mencuit hati anda dengan gelagatnya yang tidak henti-henti membuat lawak.

Nak-nak lagi digandingkan pula dengan Dato’ Awie, Bront Palarae, Amerul Affendi, Afdlin Shauki, dan juga seorang wanita jelita yang diterbangkan dari Thailand, Julangtip Sukkasem, yang sebelum ini pernah membintangi filem pertama Bikers Kental.

2. Lakonan Hebatan Amerul Affendi

Dalam banyak-banyak watak, watak lakonan Amerul Affendi sebagai Albuqueque antara yang menarik perhatian.

Sepanjang filem ini, Amerul menggunakan bahasa Thailand sebagai bahasa bakunya yang memegang watak seorang penjahat warganegara Thailand yang juga pembantu kepada Bront Palarae.

Ternyata Amerul begitu menghayati watak sehinggakan setiap bait-bait kata yang dilontarkan seolah-oleh dia berasal dari sana.

Walaupun sebelum Amerul sering membawa watak antagonis, namun karakternya dalam filem ini cukup menghiburkan! Rugi jika anda tidak menonton filem ini.

3. Keindahan Thailand

Jika sebelum ini, penonton sering di sajikan dengan suasana penggembaraan di Malaysia. Namun bagi filem Bikers Kental 2 ini menampilkan kelainan dengan mempromosikan keindahan di Thailand.

Semasa penggambarann di Danok, Songkla, Hatyai, Trang dan Phuket, filem ini banyak memberi gambaran hampir 70% daripada keseluruhan lokasi filem ini, memang cantik!

4. Lagu OST Nyanyian Faizal Tahir Dan Akim

Jika anda dapat lihat, selain daripada pelakon dan cerita yang ingin disampaikan lagu bagi sesebuah filem juga memainkan peranan penting bagi menarik penonton.

Ternyata kali ini filem Bikers Kental 2 mengambil penyanyi yang juga seorang Bikers Kental iaitu Akim yang digandingkan bersama Faizal Tahir.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, gandingan hebat duo suara yang cukup serba serbi dari segi nyanyi bakal buatkan anda terikut-ikut lirik lagunya.

5. Jalan Cerita Yang Menarik

Kali ini, Bikers Kental 2 merupakan kesinambungan kisah Bidin Al- Zaifa yang sudah mempunyai pernigaan sendiri dalam bidang permotoran, Bidin memulakan perniagaan dalam air brush dan sticker motor secara kecil–kecilan.

Kisah bermula apabila Bidin mahu melamar kekasih hatinya, Cherry Porntit lakonan Meau Julallangtip dan berhasrat ke Hatyai untuk berkenalan dengan lebih dekat sebelum memperisterikan kekasih hatinya itu.

Bidin secara solo menunggang motosikalnya, Aprilla RSV4 ke Thailand demi cinta sejatinya. Namun bagaimanapun, Bidin telah pun mempunyai musuh di negara seberang itu, , Pornthaliwat Thani (Bront Palarae) yang telah dipenjarakan selepas ditangkap.

Dengan ini secara rasminya, Porthaliwat menyimpan dendam terhadap Bidin Al Zaifa.

Namun hasrat itu turut dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Albuqueq (Amerul Affendi) dan abang kandung Cherry yang juga seorang juara Muay Thai, Ananda (Pont Cranium).

Persoalannya mampukah Bidin melarikan diri dari musuhnya? Siapakah Albuqueq dengan Bidin? Mampukah Bidin mengharugi perjalanannya ke Thailand yang penuh dengan cabaran itu seorang diri? Berjayakah Bidin melamar kekasih hatinya?

Semuanya bakal terjawab dalam Bikers Kental 2 yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Jadi kepada geng-geng motosikal jangan lupa angkut geng untuk terjah pawagam.