fbpx

5 Sebab Anda Akan Sukakan Telefon Baru Huawei G8

Sudah tiba hujung tahun dan sebahagian anda akan menerima bonus hujung tahun selepas penat berhempas pulas 365 hari yang lalu. Pastinya menukar telefon bimbit lama anda menjadi perkara utama ketika ini.

Okay, jangan tengok jauh jauh. Kami ada sebab menarik kenapa anda perlu beri perhatian serius kepada peranti baru Huawei G8 yang kini sedang hangat di pasaran Malaysia. Let’s go!

1) Kamera Hadapan

https://www.youtube.com/watch?v=XDkdzFHBkMI

Kamera hadapan Huawei G8 dilengkapi dengan perisian yang mampu mencantikkan wajah anda ketika mengambil selfie sendirian atau bersama rakan rakan.

Make up mode ini membolehkan anda mengambil selfie dan menentukan gaya make up bagaimana yang anda inginkan sebelum kongsikan di media sosial atau sekadar bersama rakan rakan. Hanya dengan satu sentuhan, mudah kan?

giphy (4)

Walaupun banyak peranti lain tawarkan perkara sama, Huawei G8 miliki teknologi unik yang akan berikan hasil lebih semula jadi untuk wajah anda.

Jadi untuk anda yang kaki selfie setiap hari, memang ini telefon bimbit sempurna untuk anda.

2) Kamera Utama

Bahagian ini menjadi yang terpenting dalam mana mana peranti pun namun tahukah anda Huawei G8 memiliki Image Signal Processor khas untuk kamera 13 megapiksel yang selalunya hanya dijumpai dalam kamera professional (DSLR).

Dengan apertur f2.0, sudut lens seluas 28mm dan anti gegaran, gambar yang anda rakamkan akan menjadi memori paling cantik untuk disimpan sehingga bila bila.

Satu lagi perkara canggih tentang kamera pada telefn ini adalah ianya mempunyai teknologi untuk mengambil beberapa keping gambar ketika dalam keadaan low-light untuk menghasilkan satu gambar dengan komposisi menarik walaupun tanpa kehadiran cahaya yang banyak

3) Fungsi Keselamatan Peribadi

index-bg4

Kenapa kami katakan peribadi? Kerana Huawei G8 menggunakan teknologi imbasan cap jari yang terpantas dalam kelasnya sehingga 100%. Jadi jangan risau akan maklumat sensitif yang anda simpan didalamnya.

Lebih menarik, pembaca cap jari pada Huawei G8 ini boleh digunakan untuk mengambil gambar & selfie, menjawab panggilan dan mematikan alarm. Memang versatil fungsi pengesanan cap jari.

4) Rekabentuk Terkini

Lihat sahaja dari segi rekabentuk peranti ini, ianya memang moden lebih lebih lagi apabila ianya dibina dengan 90% besi menggunakan teknologi acuan nanometer. Bukan calang calang.

index-bg3

Ini bermakna rekaan terbaru Huawei G8 ini memang ternyata lebih canggih, nampak lebih premium dan yang lebih mempunyai daya ketahaan yang lebih tinggi berbanding yang lain.

5) Bateri Tahan Lama

Ini juga sangat penting, dengan bateri berkapasiti 3000 mAh, Huawei G8 tidak perlukan anda untuk membawa bateri tambahan kerana ianya akan kekal berkhidmat sepanjang hari. Poket pun jadi ringan untuk anda keluar seharian.

Dan itulah 5 sebab kenapa anda patut memilih untuk beli Huawei G8 sebagai telefon pintar anda yang seterusnya & sebelum terlambat, ini ada kolaborasi hebat antara Bunkface dan Huawei. Sedap lagu dia. Huawei, best wei!

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang hebatnya telefon pintar Huawei G8 ini, boleh layari consumer.huawei.com/my atau ikuti perkembangan di facebook.com/HuaweiDeviceMy.