Semalam berakhir sudah Anugerah Juara Lagu ke-32 yang menampilkan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Jampi nyanyian Hael Husaini muncul sebagai juara.

Malam tadi juga, AJL32 trending di Twitter dan menjadi bualan hangat netizen.


Boleh dikatakan rata-rata penonton teruja dan mengatakan AJL32 antara pentas AJL paling terbaik setakat ini. Dah macam Grammy Award pun ada.

Ini antara sebab kenapa AJL32 dinobat paling terbaik dan meletop!

1. Pangacara & host tak hambar



Gandingan Alif Satar dan Sherry Alhadad ternyata membuatkan Anugerah Juara Lagu lebih berprestij dan berkelas. Rata-rata penonton memuji pasangan tersebut yang dikatakan sudah membuat homework terlebih dahulu dan tidak memegang que card. Paling penting, tiada lawak hambar!

2. Tiada promo mengarut daripada pihak penaja

Selalunya dalam acara sebegini pasti ada pihak penaja dari pihak jutawan ternama. Tapi kali ini ditaja oleh Samsung dan Nivea. Apa yang pasti, tiada aksi menggedik dari pihak penaja.

3. Persembahan hebat & luar biasa

Ramai yang bersetuju bahawa lagu yang dipertandingkan hebat-hebat belaka dan sukar untuk memilih juara. Paling best persembahan Altimet dengan lagu Amboi. Kali terakhir kita tengok pentas meriah macam ni ketika melihat persembahan Noraniza Idris beberapa tahun yang lalu.

4. Semua pemenang layak menang

1. Juara – Jampi, Hael Husaini
2. Kedua – Sejati, Azmi Caliph Buskers
3. Ketiga – Tergantung Sepi, Haqiem Rusli
4. Vokal Terbaik- Syamel & Ernie
5. Persembahan terbaik – Altimet

Rata-rata penonton bersetuju dengan keputusan juri dan kesemua pemenang sememangnya layak untuk menggenggam trofi tersebut.

5. Anugerah yang menyatukan pelbagai bangsa & paling berprestij

Ini bukan kali pertama gabungan pencipta, penulis lagu berlainan bangsa Cina dan Melayu. Tahun ini juga kita menyaksikan lagi penghasilan lagu yang hebat dan berkualiti gandingan pelbagai bangsa. Ia sekaligus menyatu padukan lagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.