fbpx

Pasti ramai yang sedang menghitung hari untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Mana tidaknya musim raya inilah yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setelah sebulan menahan lapar dan dahaga di siang hari.

Masa ini jugalah anda semua dapat berkumpul dengan saudara mara yang jauh setelah berapa lama tidak jumpa. Bukan itu sahaja, musim perayaan inilah musim untuk kumpul duit raya dengan banyak bagi yang belum khawin.

Pemberian duit raya pada yang masih muda dan single sudah menjadi adat turun temurun. Nak lagi menarik kami kongsikan dengan ada 5 lagi rahsia yang menjadi tradisi turun temurun bila balik kampung untuk beraya.

1. Sediakan Tilam Yang Secukupnya

Bila sudah penuh dengan saudara mara yang pulang ke kampung pastinya menjadi tradisi tidur beramai-ramai di ruang tamu sudah menjadi kebiasaan.

Menjelang musim perayaan sahaja yang dapat merasa suasana seperti ini. Masa ini mulalah berebut tempat untuk beradu.

Jadi penyedian tilam yang secukupnya haruslah dilaksanakan oleh tuan rumah. Siapa yang lambat membuat tempahan tilam pada tuan rumah alamatnya tidur di sofa sahajalah.

2. Jadual Kemas Rumah

Sudah berkumpul ramai-ramai pastinya malam raya merupakan malam yang paling sibuk. Yalah masa inilah masa untuk bahagi tugas kepada saudara mara yang lain untuk sama-sama hias rumah.

Pembahagian tugas ini juga memudahkan kerja anda untuk lebih menumpukan sesuatu kerja. Terutamanya kaum wanitalah jadi mangsanya. Siapa yang mahir memasak ditugaskan untuk ke dapur. Biasanya tugas mengemas rumah ini dimonopoli oleh anak dara tetapi kaum lelaki pun tidak terlepas untuk sesi kemas rumah.

3. Sediakan Wang Secukupnya

Ini peluang terbaik untuk anak-anak kecil dan yang masih bujang. Masa raya inilah mereka kumpul duit raya yang banyak. Bernasib baik bagi yang mempunyai keluarga besar dapat duit raya lagi banyak.

Tapi bagi golongan dewasa, musim perayaan inilah mereka harus atur perbelanjaan dengan baik. Walaupun setahun sekali sahaja menyambut Aidilfitri namun jika gagal atur perbelanjaan maka tidak menariklah musim raya nanti. Ada sahaja benda yang tidak lengkap.

4. Pastikan Ada Rendang ‘back up’

Rendang semestinya menjadi rebutan musim raya nanti. Jika anda pergi beraya rumah jiran pastinya rendang merupakan menu utama.

Jadi untuk pastikan raya anda gempak tahun ini. Pastikan anda menyediakan rendang back up untuk dijadikan hidangan apabila tetamu datang meskipun pada waktu petang.

5. Hidangkan Minuman Yang Mampu Mencipta Kenangan

Setiap tahun pastinya anda menghidangkan minuman yang bergas pada tetamu kan? Apa kata tahun ini anda mencipta kelainan untuk menghidangkan teh buat tetamu yang datang.

Bukan sahaja mampu berkongsi detik indah ketika berbual anda juga boleh menikmati kelazatan Teh Boh ini.

Tak salah sekiranya anda hendak hidangkan minuman lain tapi selitkan dengan air teh sebagai minuman yang kedua. Sekali-sekala cipta kelainan barulah havoc raya anda tahun ini.

Jika anda amalkan rahsia turun temurun ini pastinya raya anda tahun ini lebih gempak dan meriah.

Selain dapat mengeratkan silaturahim anda juga dapat mengenali dengan lebih rapat lagi saudara mara anda yang setahun sekali sahaja jumpa.